Tahukah anda, selebriti kesayangan ramai seperti Fattah Amin, Tomok dan Pekin Ibrahim merupakan mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia (UUM)?
Mereka dan beberapa rakan artis yang lain seperti Aril, Zahid, Ammar Habir (Drama Band) dan Acap (Pretty Ugly) bakal menjayakan pementasan muzikal Cinta Pertama The Musical di UUM Sintok, Kedah pada 11 Disember ini.
Pementasan muzikal yang diarahkan Raja Mukhriz ini merupakan projek khas melibatkan 38 orang pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur bagi semester kelima sempena majlis penyampaian Anugerah Dekan yang dianugerahkan kepada mereka yang layak.
Selain itu, Cinta Pandang Pertama The Muscial mengisakan cerita mencuti hati pelajar BBIM/UUM yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti dan melihat rakan seperjuangan sama yang sudah lama dikenali dalam industri seni turut menuntut jurusan ijazah yang sama.
Kisah mencuit hati ini diselangi dengan beberapa konflik yang melibatkan perbezaan ideologi dan pendapat serta ketegangan yang berlaku di antara pelajar muzik dan filem.
Cinta Pertama The Musical dianjurkan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur di bawah kelolaan Idzwan Yacob dan disokong sepenuhnya oleh UUM.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Dec 08 2017
Fattah Amin, Tomok dan Pekin Ibrahim bakal menjayakan pementasan muzikal Cinta Pertama The Musical di UUM Sintok, Kedah pada 11 Disember ini.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Cinta Pertama' Pekin Ibrahim dan Fatah Amin
Kisah 'Cinta Pertama' membabitkan Pekin Ibrahim dan Fattah Amin dikongsikan menerusi sebuah persembahan teater muzikal
Fattah Amin, Tomok dan Pekin Ibrahim bergelar mahasiswa?
Tahukah anda, selebriti kesayangan ramai seperti Fattah Amin, Tomok dan Pekin Ibrahim merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia (UUM)?