Spekulasi yang melanda rumah tangga pelakon Fasha Sandha akhirnya terjawab apabila dia dan suaminya, Rizal Ashram Ramli, sah bercerai talak satu.

Menurut laporan Berita Harian, Fasha hadir ke mahkamah jam 2.15 petang tadi, ditemani peguamnya dan beberapa rakan.

Prosiding pengesahan lafaz cerai dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab.

Dalam kemas kini terbaharu di akaun Instagram, Fasha meletakkan satu status yang menggambarkan bagaimana dia redha dengan apa yang berlaku dalam rumahtangganya.


Fasha, 32, dan Rizal, 39, berkahwin pada 27 April 2012. Rizal, yang juga dikenali dengan panggilan Jejai, sebelum itu pernah mengahwini pelakon Nora Danish.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha, 1.