Farah Lee menerusi akaun Instagram (IG) nya terkejut dengan kecaman itu kerana anaknya masih kecil dan baru sahaja berusia tiga tahun untuk dihakimi.
Farah dikecam selepas memakaikan anaknya skirt pendek dan t-shirt.
Menerusi entri tersebut, Farah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam.
Malah dia terpaksa akur anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain.
Dia turut berpendapat, mengajar anak biarlah seiring dengan umur kerana baginya praktikal tanpa pemahaman juga tidak berguna.
Malah Farah merasakan tahap umur anaknya sekarang perlu dibantu untuk mengembangkan tahap IQ mereka supaya apabila sudah besar nanti anak-anak akan faham dan lebih rasional dengan apa yang patut mereka lakukan.
Entri Farah itu mendapat banyak respon daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.