KUALA LUMPUR: Berita baik kepada mereka yang menanti rancangan hiburan berbentuk gameshow! Rancangan terkemuka antarabangsa, Family Feud kini melebarkan sayapnya ke Malaysia menerusi Family Feud Malaysia dengan sentuhan citarasa lokal.
Family Feud versi Malaysia ini tampil dengan tiga versi iaitu bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris.
Naib Presiden Indian Customer Business (ICB), Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), Prem Anand Rajahram memberitahu, Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.
Menurutnya, Astro turut menawarkan tontonan melalui aplikasi mereka, iaitu Astro GO dan On Demand di peranti mudah alih.
"Mengadaptasi daripada rancangan permainan popular antarabangsa dalam senarai tempatan, kami yakin selain berupaya untuk terus merancakkan Astro sebagai sebuah destinasi hiburan, ia turut memberi kepelbagaian pilihan kepada penonton kami," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Memperincikannya Prem Anand memberitahu, rancangan itu turut menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Denes Kumar, Aanantha, Shalini, Vikneswari, Uthaya, Suresh, Ahila dan Kogu dengan preview pada hari ini akan menampilkan penyampai radio dari THR Raaga.
Dalam satu inisiatif murni, beliau memberitahu, hadiah wang tunai RM50,000 yang dimenangi peserta akan disumbangkan kepada lima buah sekolah Tamil terpilih.
"Kita sudah mengenal pasti sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan bantuan dan kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan dan pembangunan sekolah berkenaan," ujarnya.
Rancangan Family Feud Malaysia Tamil ini dimulakan dengan ketua kumpulan yang bertindak sebagai kapten dari kedua-dua buah kumpulan tampil di podium untuk menjawab soalan pertama.
Peserta terpantas yang menekan buzzer diberi peluang untuk memberikan jawapan. Jika jawapan yang diberikan itu berada di kedudukan teratas survey, maka ahli-ahli pasukan tersebut akan memberi jawapan susulan.
Jika sebaliknya, pasukan lawan akan cuba untuk memberi jawapan yang tertinggi untuk mengambil alih pusingan tersebut. Jawapan-jawapan yang diberikan adalah berpandukan survey yang dibuat daripada 100 responden Malaysia.
Rancangan 16 episod itu akan dibawakan oleh pengacara popular Ram. Apakah Ram yang sebelum ini bertugas sebagai penyampai radio THR Raaga mampu mengikut jejak langkah Steve Harvey mengendalikan rancangan gameshow popular di Amerika Syarikat ini dengan baik?
Jangan lupa saksikan Family Feud Malaysia Tamil pada setiap Sabtu, pukul 9 malam di Astro Vinmeen, saluran 202, Astro GO dan On Demand.
Astro Awani
Sat Jun 03 2023
Prem Anand Rajahram memberitahu, Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202. - Foto ICB
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.