PENGANJUR konsert, Kharisma Music International mengumumkan bahawa Konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini dibatalkan.


Ringkasan AI
  • Konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan pada 16 November 2024 di Zepp KL dibatalkan kerana kekurangan jualan tiket.
  • Pihak pengurusan artis memutuskan untuk tidak menunda konsert tersebut.
  • Peminat yang telah membeli tiket akan menerima pemulangan wang dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja.


Menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat, pihak penganjur memaklumkan punca pembatalan konsert berkenaan adalah disebabkan kekurangan jualan tiket.


"Dukacita kami maklumkan bahawa konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp KL dibatalkan atas sebab kekurangan jualan tiket.

"Pihak pengurusan artis juga membuat keputusan untuk tidak menunda konsert berkenaan," katanya.

Pihak penganjur memohon maaf dan menyatakan ia bukan satu keputusan yang mudah buat mereka.

Pada masa sama, pihak penganjur juga memaklumkan bagi peminat yang sudah membeli tiket konsert, pemulangan wang akan dilakukan dalam masa 7 ke 14 hari bekerja. -Gempak