Biarpun berasal dari Selangor itu bukan halangan untuk Erra Fazira dipilih sebagai duta batik.

Erra dilantik sebagai jurucakap untuk syarikat pengusaha batik terkemuka di Terengganu, Desa Murni Sdn. Bhd.

Menurut Erra, dia turut berbangga menjadi wakil kepada syarikat yang menaja tiga pasukan bola sepak negara bagi saingan Liga Super 2013.

Erra hadir pada majlis menandatangani kontrak pemain T-Team dan Terengganu di Kuala Terengganu.

Desa Murni melabur sebanyak RM650,000 bagi menaja tiga pasukan termasuk pasukan Kelantan.

Walaupun perniagaan mereka tiada kena-mengena dengan sukan secara langsung, namun itu bukan penghalang kepada syarikat terbabit untuk memajukan arena bola sepak tanah air.