CHANDLER yang sering curi perhatian untuk menjadi lucu dan sarkastik, Rachel yang berdedikasi namun adakalanya kepala angin dan Joey yang yakin diri tapi kadang-kadang tunjukkan sisi dungu.

Begitu juga dengan Monica, Phoebe dan Ross yang masing-masing ada perangai tersendiri, namun keenam-enam mereka adalah gabungan watak sitkom terbaik hingga berjaya menjadi formula sebuah jenama popular yang bertahan dalam jadual siaran selama 10 musim.

Bagaimana kehidupan dan kisah terbaru tentang diri masing-masing selepas mereka mengucapkan selamat tinggal kepada apartmen Monica dan Chandler suatu masa dahulu? Adakah mereka akan kembali bertemu di 'Central Perk', kafe yang cukup selesa dan unik dengan berlatar belakangkan bandar raya New York? 

Tinggal beberapa jam lagi, peminat siri televisyen Friends boleh menikmati tayangan Friends: The Reunion mulai jam 3.01 petang dan ulangan pada jam 9 malam hari yang sama.


Jutaan peminat sitkom yang telah ditayangkan sejak tahun 1994 ini turut telah membesar bersama. Mungkin sebahagian besarnya tidak mahu ketinggalan meraikan comeback yang dijanjikan dengan pelbagai elemen kejutan dan tarikan.

Bagi penonton dari generasi lebih muda juga, pertemuan semula enam sahabat itu juga suatu yang dinantikan lantaran kisah mengenai kumpulan 'sahabat gila-gila di New York'  berkenaan terus diceritakan merentas waktu yang berlalu.

Apatah lagi apabila mengetahui ada banyak kemunculan istimewa yang melangkah asuk ke set sebagai cameo termasuk David Beckham, Justin Bieber, kumpulan terkenal K-Pop (BTS), James Corden, Cindy Crawford, Cara Delevingne, dan Lady Gaga.


Buat peminat Friends, jangan terlepas untuk menyaksikan Friends: The Reunion menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei jam 3.01 petang dan ulangan di saluran 411 HBO, jam 9 malam.