KUALA LUMPUR: Persoalan siapa bakal menjadi juara Big Stage 2022 akhirnya terungkai apabil Elica Paujin diumumkan sebagai juara program tersebut.
Keputusan itu sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Yazmin Aziz, Tegar Septian, Danial Chuer dan Aisyah Retno untuk bergelar juara pada malam Ahad.
Elica Paujin bergelar juara menerusi markah terkumpul daripada juri dan markah undian penonton.
Hasil kemenangan itu anak jati Tambunan itu berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Danial Chuer pula dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Aisha Retno pula diumumkan pemenang tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.
Tempat keempat menjadi milik penyanyi berasal dari Kuala Lumpur, Yazmin Aziz manakala Tegar Septian hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Big Stage 2022:
Juara: Elica Paujin (78.83)
Naib Juara: Danial Chuer ( 72)
Tempat Ke-3: Aisha Retno ( 71.04)
Tempat ke-4: Yazmin Aziz (59.35)
Tempat ke-5: Tegar Septian (59.13)
Konsert akhir Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz sebagai juri tetap untuk musim kali ini.
Manakala Presiden Netizen, Datuk Seri Vida ditemani Elly Mazlien Sebagai juri pedas dan Aina Abdul sebagai juri jemputan.
Big Stage minggu akhir telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan di saluran Astro Ria, Astro Ria HD serta Astro Go.
Asyraf Roslan
Sun Mar 27 2022

Persoalan siapa bakal menjadi juara Big Stage 2022 akhirnya terungkai apabil Elica Paujin diumumkan sebagai juara program tersebut. - Astro AWANI

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Big Stage 2022: Elica Paujin akui masih tidak percaya raih gelaran juara
Kemenangannya itu sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Danial Chuer dan Aisyah Retno untuk bergelar juara.

Elica Paujin dinobat sebagai juara Big Stage 2022
Persoalan siapa bakal menjadi juara Big Stage 2022 akhirnya terungkai apabil Elica Paujin diumumkan sebagai juara program tersebut.

Big Stage 2022: Perjalanan Iqbal terhenti di minggu kedua
Iqbal berada dikedudukan tiga terendah dengan markah 9.20% bersama Lia Aziz (46.8%) dan Megat Rahim (45%).