PELAKON Elfira Loy yang dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahannya pada 1 Januari ini dan artis berkenaan sudah mula mengedarkan kad kahwinnya.
 
Menurut Elfira, dalam melakukan persiapan perkahwinan, dia menyedari bahawa menyenaraikan nama tetamu untuk ke majlis perkahwinannya bukan tugas yang mudah.

“The guest list is really killing me,” tulisnya dalam laman IG (Instagram) Story miliknya semalam.
 
Di dalam entri yang sama dia memuat swafotonya tersenyum dan memberitahu mood pengantin sudah tiba.
 
“Not really smiling cause I think the bridezilla mood is coming,” tulisnya lagi.

 
Menerusi IG Story terdahulu juga Elfira memuat naik video sedang menyusun kad kahwin
 

IG Story elfira sebelum itu juga mempunyai fotonya seperi meraikan bachelorette party yang diraikan bersama rakan-rakannya.



Elfira bertunang dengan Faris Khairol Anuar ini pada 2 September lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun hadapan.

Sebelum itu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.