Ringkasan AI
- Pembangunan enjin carian memerlukan kos yang sangat tinggi dan akan mengalihkan dana serta pekerja dari projek lain yang lebih relevan kepada Apple.
- Arena enjin carian berisiko tinggi kerana peralihan teknologi dan kecerdasan buatan, serta Apple tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengiklanan yang penting untuk menjana pendapatan dari enjin carian.
- Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple, menjadikan ini pilihan yang lebih efisien dan menguntungkan.
Menyentuh mengenainya, kini pihak Apple berkongsi sebab mengapa mereka tidak merancang untuk bangunkan enjin carian mereka tersendiri.
Mengikut dokumen mahkamah yang dikongsikan melalui Reuters, berikut merupakan antara sebab yang diberikan Apple berkenaan kenapa mereka tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri.
Ini termasuk:
- Pembangunan enjin carian yang akan menggunakan kos sangat tinggi.
- Pelaburan pada enjin carian akan memerlukan dana dan pekerja yang perlu dialihkan fokus daripada keutamaan pembangunan lain, terutamanya yang lebih relevan kepada Apple.
- Arena enjin carian sendiri berisiko tinggi disebabkan oleh peralihan teknologi dan kecerdasan buatan.
- Apple tiada kepakaran dalam bidang pengiklanan yang menjadi sumber pendapatan utama untuk sesuatu enjin carian. Malah, Apple memfokuskan kepada privasi, yang mungkin memberikan lebih cabaran dalam arena ini untuk membangunkan enjin carian yang menjana pendapatan tinggi.
Disebabkan oleh hal ini, Apple dilihat mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan bekerjasama bersama Google untuk tujuan ini.
Malah, mengikut laporan sebelum ini, Google dikatakan membayar Apple sekitar $20 bilion untuk menyertakan enjin carian mereka sebagai enjin carian utama.
Dengan pendapatan tinggi yang terjamin berkenaan, ia mungkin lebih efisien untuk Apple tidak membangunkan dan membazir dalam melabur untuk pembangunan enjin carian mereka tersendiri. -Amanz