Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mail menjelaskan mereka menjadi rapat selepas berkongsi minat yang sama dalam bidang fotografi.
“Kalau dulu hanya sekadar rakan dalam industri tapi kini kami menjadi rapat selepas mempunyai minat yang sama.
“Saya memang peminat Zizan tapi tak sangka pula kami boleh rapat dan semuanya bermula dengan kamera.
“Kami banyak berbual, berlajar dan berkongsi mengenai teknik-teknik fotografi dan juga editing,” katanya ketika ditemui Gempak.
Tambah Mail lagi, Zizan juga seorang yang tidak lokek memberikan nasihat yang berkaitan dengan bidang seni.
“Kalau berbual dengannya memang seronok, Zizan sorang yang ‘fun’ dan dia juga sering berkongsi pendapat dan memberikan nasihat kepada saya.
“Saya memang dah anggap Zizan seperti abang saya sendiri kerana sewaktu kecil saya memang teringin untuk mempunyai seorang abang.
“Jadi sedikit sebanyak rasa gembira juga bila boleh berkongsi masalah atau pun pendapat dengan ‘abang’ sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mail dicalonkan untuk tiga kategori iaitu Fesyen Meletop, Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop untuk Anugerah MeleTOP Era (AME2019).