PENYANYI Sufian Suhaimi menjelaskan visual yang dilihat pada persembahannya dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 hujung minggu lalu adalah gambaran bunga berterbangan.
Hal itu dijelaskan Sufian sebentar tadi menerusi satu entri di akaun Instagram, sekali gus menafikan dakwaan netizen yang mengatakan ia adalah imej 'wang berterbangan'.
"Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza.
"Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah," tulis Sufian yang turut memuji hasil kerja mereka yang bertanggungjawab merealisasikan corak persembahan yang diinginkannya.
Visual yang dipancarkan di bahagian belakang pentas itu muncul di penghujung persembahan, dan menimbulkan perbalahan netizen tentang mesej yang ingin disampaikan.
Sufian yang mempertaruhkan lagu "Di Matamu", muncul pemenang kategori Persembahan Terbaik.
Madiha Abdullah
Wed Feb 06 2019
Visual yang dipancar di belakang pentas pada penghujung persembahan. -Instagram Sufian Suhaimi
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
'Tak ada niat mengaibkan, cuma nak bergurau'
Menyesali perbuatan mereka, kedua-duanya mengakui tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan nama baik sesiapa, sebaliknya hanya mahu bergurau.
Duit berterbangan? Bukanlah, sebenarnya... - Sufian Suhaimi
Penjelasan itu sekaligus menafikan dakwaan netizen yang mengatakan ia adalah imej 'wang berterbangan'.