Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancarkan Oktober ini, sempena ulang tahun ke-20 penerbitan buku tersebut yang disambut 26 Jun lalu.
Pameran perpustakaan berjudul 'A History of Magic,' yang menampilkan dua buku Harry Potter akan dibuka dari Oktober 2017 hingga Februari 2018, kata syarikat penerbitan British, Bloomsbury pada Selasa.
Pembaca novel 'Harry Potter: A History of Magic - The Book of Exhibition' akan dapat mengikuti kurikulum di sekolah sihir Potter, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.
Manakala, novel 'Harry Potter - a Journey Through a History of Magic' akan menceritakan hal-hal mistik, seperti alkimia, unicorn, dan sihir kuno.
Kedua-dua buku yang diterbitkan oleh Perpustakaan British ini akan turut memaparkan lakaran ghaib dan manuskrip oleh pengarang J.K. Rowling, ilustrasi ajaib oleh Jim Kay dan artifak dari arkib perpustakaan.
Agensi
Thu Jul 20 2017
![Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancar pada Oktober Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancar pada Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500563261_HarryPotter.jpg)
Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancarkan Oktober ini, sempena ulang tahun ke-20 penerbitan buku tersebut yang disambut 26 Jun lalu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancar pada Oktober Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancar pada Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500563261_HarryPotter.jpg)
Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancar pada Oktober
Dua novel baharu Harry Potter bakal dilancarkan Oktober ini, sempena ulang tahun ke-20 penerbitan buku tersebut yang disambut 26 Jun lalu.