Pengarah Quentin Tarantino mendakwa Disney sedang cuba menyingkirkan karya terbaharu beliau The Hateful Eight dari ditayangkan di pawagam tersohor Cinemarama Dome bagi menyediakan ruang tayangan buat filem terkini Star Wars, The Force Awakens.
“Mereka dah melampau menindas saya,” ujar Tarantino dalam satu temubual rancangan radio, Howard Stern Sirius.
Menurut Tarantino, filem terbarunya The Hateful Eight sepatutnya bakal ditayangkan di pawagam tersohor Los Angeles itu bermula Krismas.
Walau bagaimanapun, beliau mendakwa filem itu telah pun disingkirkan bagi membuka ruang kepada Disney untuk memanjangkan tempoh tayangan di pawagam tersebut sepanjang cuti musim sejuk.
“Ini berita buruk dan saya sangat marah,” pengarah Inglorious Basterds itu memberitahu Stern.
Pemilik Cinemarama Dome, Arclight Cinemas telah cuba memberitahu Disney bahawa mereka akan menayangkan The Hateful Eight pada Krismas berdasarkan perjanjian yang termeterai namun menurut Tarantino, eksekutif Disney telah mengugut Arclight akan menarik balik filem Star Wars dari semua cawangan pawagam Arclight yang lain.
“Ini satu tindakan jahat, satu peras ugut,” tambah beliau.
Pengarah kontroversi itu pantas menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengarah Star Wars, J.J. Abrams atau mana-mana pelakon dan krew filem tersebut.
Sebaliknya, beliau menyalahkan eksekutif tertinggi Disney atas amalan peras ugut seperti itu.
Beliau turut memberitahu rancangan tersebut bahawa beliau ‘telah banyak menyumbang pendapatan kepada Disney’ ketika gergasi media itu dimiliki oleh Miramax menerusi blokbuster Pulp Fiction yang menjana 214 juta dolar dan francais Kill Bill yang meraih 333 juta dolar.
“Mereka ada filem terbesar di dunia. Ini cuma hanya satu pawagam dan mereka masih mahu menindas saya,” keluh Tarantino.
Nizam Bakeri
Thu Dec 17 2015

Pengarah Quentin Tarantino mendakwa Disney sedang cuba menyingkirkan karya terbaharu beliau The Hateful Eight dari ditayangkan di pawagam.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Selepas 'Django Unchained', Leonardo DiCaprio dan Quentin Tarantino bergabung lagi
Filem berlatar belakang tahun 1969 berkenaan berkisar mengenai pembunuhan Sharon Tate, isteri kepada pengarah filem kontroversi Roman Polanski.

Foto Quentin Tarantino dan George R.R. Martin di Kuching tular
Gambar itu memaparkan Martin dan Tarantino sedang menikmati minuman di atas bot, dengan latar belakang Kuching Waterfront.

Disney guna Star Wars untuk halang tayangan filem terbaharu Tarantino?
Pengarah Quentin Tarantino mendakwa Disney sedang cuba menyingkirkan karya terbaharu beliau The Hateful Eight dari ditayangkan di pawagam.

'Django Unchained' masih laris
Walaupun Spike Lee tidak menyukai filem "Django Unchained", ia tetap filem terlaris Quentin Tarantino setakat ini.