KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Tidak pernah terlintas di fikiran Nora dan suaminya, niat baik mereka menghebahkan berita pernikahan disambut dengan tuduhan tidak berasas.
Penyanyi masyhur itu yang mengumumkan beliau sudah menjadi isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya terpaksa berhadapan dengan dakwaan liar yang semakin luas tersebar di media sosial.
Dakwa netizen, Nora telah memaksa Dr Rushdi menceraikan isteri pertamanya selain pernikahan mereka sudah memasuki usia dua tahun.
Tanpa menunggu lama atau membiarkan dakwaan itu berlanjutan, Dr Rushdi tampil memberi penjelasan.
Menurut Dr Rushdi, segala kenyataan yang ditularkan di media sosial merupakan fitnah dan tohmahan semnata-mata.
“Saya Rushdi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah, adalah satu tohmah yang berniat jahat dan buruk
“Allahuakbar… semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan terhadap perkahwinan kami,” kata Dr Rushdi dalam rakaman suara yang diedarkan kepada wartawan pada Ahad.
BACA: "Pernikahan ini takdir Allah SWT" - Nora
BACA: Nora kembali bergelar isteri, nikah rakan baik arwah Johan Nawawi
Kelmarin, Nora membuat pengumuman di akaun Instagram peribadinya memaklumkan, beliau sudah menikahi Dr Rushdi yang juga rakan karib suami pertamanya, Allahyarham Johan Nawawi.
“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.
"Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.
“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulis Nora dalam hantarannya itu.
Saharudin Musthafa
Sun Dec 05 2021

Dr Rushdi Ramli tampil menjelaskan dakwaan liar yang sedang tular di media sosial mengenai pernikahannya dengan Datuk Nora Ariffin.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Dipaksa cerai isteri pertama, suami Nora jawab dakwaan
Dr Rushdi Ramli jawab dakwaan kononnya Nora memaksa beliau menceraikan isteri pertamanya selain mereka sudah dua tahun bernikah.