Tular di media sosial apabila penyanyi antarabangsa Yunalis Zarai mendedahkan bahawa dia dan suami, Adam Sinclair menggunakan kaedah ‘wedding registry’ untuk tetamu di majlis perkahwinannya.

'Wedding Registry' merupakan satu cara yang selalu digunakan di luar negara bagi memudahkan tetamu mencari hadiah perkahwinan yang diperlukan pengantin.

Sebelum itu, Yuna dalam satu muatnaik di Instagramnya memberitahu bagaimana dia merahsiakan cara balas jemputan (RSVP) perkahwinannya secara atas talian dan membuat senarai barangan keperluan rumah bagi pilihan tetamu jemputan.

GALERI GAMBAR: Indah bak kisah pari-pari pada resepsi Yuna-Adam

Bagaimanapun caranya itu, dikritik apabila dikatakan ia tidak sesuai dengan masyarakat timur yang lebih suka bersemuka membuat jemputan dan boleh menyusahkan tetamu yang lebih tua untuk menggunakan teknologi terkini.'


Namun tidak cepat melatah, Yuna segera menerangkan bahawa kaedah wedding registry dan rsvp yang digunakan adalah hanya untuk rakan-rakan rapatnya.

Jelas Yuna, dia masih menggunakan jemputan cara lama bagi saudara mara yang lebih tua.




Walaupun ia satu kaedah yang sudah lama digunakan dalam perkahwinan di luar negara, ada yang berpendapat perkahwinan di Malaysia sepatutnya menggunakan cara 'wedding registry' bagi memudahkan pihak pengantin dan tetamu.