Walau beribu batu anda berada, anda masih boleh mendapatkan siaran rancangan-rancangan menarik di TV Astro menerusi aplikasi Raku.
Selain rancangan disukai, pengguna yang memuat turun aplikasi itu dari telefon bimbit juga boleh mendengar lagu-lagu tempatan melalui aplikasi Raku walaupun berada di luar negara.
Malah, aplikasi Raku boleh dimuat turun menerusi App Store dan Play Store dari telefon pintar masing-masing secara percuma.
Menurut Pengarah Raku, Rithan Vijay, hanya dengan satu aplikasi, anda bakal nikmati pelbagai kandungan seperti semua stesen radio Astro dan rancangan TV Astro.
"Antara radio stesen Astro yang boleh anda dengarkan adalah Era FM, THR Gegar, Hitz FM dan MIX Fm.
“Manakala antara rancangan TV Astro yang anda dapat tonton adalah Gegar Vaganza dan Maharaja Lawak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, selepas melakukan beberapa testimoni, rakyat Malaysia di luar negara menyatakan bahawa Raku membantu mereka untuk terus mengikuti perkembangan di tanah air.
"Kami dapat buktikan ini apabila jumlah pendengar Raku melonjak naik dari 12,000 pendengar dalam masa dua tahun kepada 310,000 pendengar sebulan.
"Maklum balas yang kami terima adalah suatu yang menggembirakan dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda selama ini," ujarnya.
Raku kini mempunyai dua stesen radio terbaharu iaitu Zayan yang mengetengahkan muzik Islam kontemporari, manakala Go Xuan merupakan stesen radio yang mengetengahkan remaja Cina. Dengarkan!
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Dec 04 2017
Malah, aplikasi Raku boleh dimuat turun menerusi App Store dan Play Store dari telefon pintar masing-masing secara percuma. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Di mana anda berada, Raku setia menemani
Walau beribu batu anda berada, anda masih boleh mendapatkan siaran rancangan-rancangan menarik di TV Astro menerusi aplikasi Raku.