Stacy menerusi entri akaun IG yang memuat naik wajah Eshaal itu memberitahu hari ini genap 44 hari usia anaknya itu.
"Assalamualaikum semua, hari ini Eshaal sudah 44 hari usianya. Sekarang ini, Eshaal kuat minum susu dan tidur saja kerana nak besar seperti Beyya.
Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami. Muka Eshaal banyak ikut mummy atau daddy?" menurut muat naik itu.