BUKAN hanya aktif berlakon, tetapi pelakon Dazrin Kamarudin juga kini mula berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir apabila bakal bergelar penerbit filem tidak lama lagi.
Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi drama Adam dan Hawa ini, filem sulung terbitan produksinya sendiri, Flying D Entertainment itu bakal menampilkan sebuah cerita yang diangkat daripada kisah benar pernah berlaku ke atas dirinya dan isteri.
“Pada mulanya saya hanya berkongsi pengalaman yang dilalui itu bersama rakan-rakan, namun apabila mereka mendengar cerita saya itu, ramai yang kata menarik dan mencadangkan saya buat filem.
“Ia bukan tentang kisah percintaan saya dan isteri, tetapi merupakan sebuah kisah seram yang dilalui sendiri oleh kami sebelum isteri hamil anak pertama sehingga menjadikan kami trauma,” kongsi Dazrin.
Filem yang menggunakan tajuk sementara sebagai Kampung Jerit itu bakal menyaksikan Dazrin sebagai teraju utama, selain sebagai penulis lakon layar dan penerbit.
“Boleh ambil pelakon lain, tetapi disebabkan ia merupakan kisah yang dilalui oleh saya sendiri, mungkin lebih baik jika saya sendiri mengambil watak tersebut untuk lebih feel.
“Namun, watak isteri saya akan dijayakan pelakon lain kerana isteri tidak bersedia untuk berlakon. Jadi sehingga kini saya masih lagi mencari pelakon yang sesuai untuk watak itu.
“InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, ia akan memulakan penggambaran awal tahun depan, selain filem Jutawan Tak Ketahuan yang juga merupakan filem terbitan produksi saya” katanyanya.
Sinar Harian
Tue May 29 2018

Filem yang menggunakan tajuk sementara sebagai Kampung Jerit itu bakal menyaksikan Dazrin sebagai teraju utama, selain sebagai penulis lakon layar dan penerbit. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Dazrin dedah kisah seram sebelum isteri hamil
Bukan hanya aktif berlakon, tetapi pelakon Dazrin Kamarudin juga kini mula berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir apabila bakal bergelar penerbit filem tidak lama lagi.

Filem KIL dominasi pencalonan akhir ASK2013
Filem KIL mendominasi pencalonan akhir kategori filem di Anugerah Skrin 2013 yang diumumkan secara langsung pukul 9 malam tadi.

Anzalna berhasrat kahwin awal
Selepas lima tahun bercinta, Anzalna merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.