PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida mendedahkan beliau telah bertemu seorang lelaki kacak yang "sanggup datang dari jauh" ke rumahnya di Ipoh, Perak.
Menurut laporan portal mStar, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman menjelaskan, pertama kali bertemu lelaki Eropah berusia awal tiga 30-an itu pada Aidilfitri baru-baru ini.
“Kami sudah mengenali satu sama lain beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya bercakap di telefon, tetapi Hari Raya ini saya menjemputnya untuk datang meraikan di rumah saya,” dia dipetik berkata.
Vida berkata, lelaki itu mempunyai semua kriteria calon suami idamannya.
"Dia mempunyai segala-galanya... kacak, mata kelabu, rambut perang, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya fikir dia adalah setanding dengan David Beckham," katanya.
Walau bagaimanapun, Vida menjelaskan buat masa ini mereka masih mengenali satu sama lain.
"Saya enggan tergesa-gesa kerana saya masih trauma dari perkahwinan terakhir saya yang tidak bertahan lama," terangnya.
Astro Awani
Sat Aug 05 2017

Datuk Seri Vida mendedahkan beliau telah bertemu lelaki kacak yang memenuhi semua kriteria lelaki idamannya. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Datuk Seri Vida temui 'lelaki idaman'
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan bahawa beliau telah bertemu seorang lelaki kacak yang sanggup datang "dari jauh" ke rumah jutawan kosmetik di Ipoh, Perak.