PENYANYI yang juga juara pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah mendedahkan, dia pernah berhadapan dengan masalah tekanan darahnya naik sehingga menyebabkan dia sakit kepala lantaran tertekan dengan keceluparan netizen.
Komen-komen yang ditinggalkan netizen di laman sosial, jelas penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Janji Manismu itu, sangat mengaibkan selain mengundang kemarahannya.
"Saya tak nafikan memang ada netizen yang menulis komen negatif, ada juga yang menghantar mesej secara peribadi kepada saya.
"Saya sedar yang saya sepatutnya mengabaikan saja kata-kata negatif tersebut, tapi apabila apa yang mereka tulis itu melampau sehingga saya rasa saya patut membalasnya.
"Saya pernah mengalami tahap pening dan naik darah disebabkan membaca kecaman mereka," kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin kepada Gempak baru-baru ini.
Selepas meraih kejuaraan GV terbitan Astro, nama Aishah menjadi bahan perbincangan di media sosial apabila dia melahirkan rasa kesal ekoran hadiah kemenangan yang dijanjikan kepadanya tidak diperoleh dan ada yang diterima tidak seperti yang disebut.
Ekoran pendedahannya secara terbuka, ada sebilangan besar netizen menyokong tindakannya membuat pendedahan itu, tidak kurang ada juga yang mengkritik dengan apa yang dilakukannya.
Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, Aishah kini tampil dengan single terbaharu berjudul Malar.
Malar, kata Aishah, mengisahkan perjalanan kehidupannya yang dilalui bersama suami, anak-anak dan peminat.
Single berkenaan boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.
Gempak
Wed Dec 19 2018
AISHAH mendedahkan bagaimana dia pernah diaibkan di laman sosial sehingga menyebabkan tekanan darah naik.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025
Sebanyak 61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai antara kenderaan rasmi bagi delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Nasihat Aishah buat pendatang baharu
Kata Aishah, penting buat setiap penyanyi mempunyai identiti sendiri untuk kekal lama.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Aishah kongsi jadual padat di GV10 dari Isnin hingga Ahad, ini rupanya yang berlaku
Tidak hanya menyanyi, para bintang juga memiliki komitmen lain yang harus dilaksanakan setiap minggu.
'Dulu tiada sponsor sebab banyak kain, kini berebut' - Aishah nak berfesyen di GV10, bakal ada glam team
Menurut Aishah, masalah yang dihadapinya itu bukanlah bersama pihak Astro sebaliknya penaja yang tidak mengotakan janji.
'Berat turun ke 57kg' - Aishah dah muat baju tahun 1993, impian pakai kebaya raya tercapai
Menurut Aishah, dia mengalami penyusutan berat badan selepas berpuasa selama 20 hari.
'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.
Penyanyi Aishah terima gelaran Datuk
Penyanyi popular Aishah merupakan antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada Jumaat.
'Ingatkan dah sampai masa saya ... ' - Aishah kongsi pengalaman perangi COVID-19
Penyanyi Aishah akui pernah mempunyai rasa seperti nyawanya mahu berakhir ketika sedang bertarung melawan COVID-19.
"Ya Allah mental tak kuat hari ini" - Aishah
Melihat pesakit-pesakit lain turut dirawat di wad yang sama menyebabkan mental Aishah tidak kuat.
Demam dan oksigen tak normal, Aishah positif COVID-19
Dalam hantaran terbaharu, Aishah memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklukan dia dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.