My Performing Arts Agency (MyPAA), penganjur majlis berprestij Gala diRaja Seni Persembahan (The Royal Arts Gala), dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) bersama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan dengan besar hati mengumumkan dana lebih daripada RM700,000 yang telah dikumpulkan semasa majlis Gala diRaja Seni Persembahan (The Royal Arts Gala), bulan November 2012, akan dibuka untuk pendaftaran mulai 22 Julai 2013.

Dana yang telah di salurkan ke Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni ini adalah antara usaha yang dijalankan untuk mencetuskan kerjasama antara pihak korporat, awam dan swasta bagi tujuan kemajuan seni di Malaysia.

Dana Seni Persembahan diRaja ini tidak mungkin direalisasikan tanpa bantuan badan-badan korporat dan peminat seni yang telah membeli meja semasa Gala tersebut. Gala diRaja Seni Persembahan (The Royal Arts Gala), adalah sebuah majlis seni ikonik di bawah Program Transformasi Ekonomi, EPP1 Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi. Majlis tahunan ini juga diadakan untuk meningkatkan martabat profil seni di Malaysia dan menggalakkan sektor swasta untuk membantu dalam usaha pembangunan artistik dan kebudayaan di Malaysia.

Tujuan dana ini adalah untuk membantu:


Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) telah mentakrifkan seni persembahan merangkumi seni tarian, muzik dan teater. Idea-idea seni persembahan ini akan dikemukakan melalui laman sesawang mypaa.com.my yang kemudian akan dibentangkan kepada Panel Pemilihan Seni Persembahan (Panel Pemilihan) yang ditubuhkan untuk menilai daya maju setiap permohonan sebelum dana disalur untuk menjalankan projek tersebut.

Panel Pemilihan adalah daripada individu-individu yang bereputasi dari sektor swasta, awam dan industri diberi amanah untuk memastikan setiap permohonan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Barisan Panel terdiri daripada:


“Jarang sekali seni diberi subsidi meskipun aktiviti-aktiviti seni sentiasa diadakan. Dengan bantuan dari sektor awam dan swasta, dana boleh disediakan setiap tahun untuk meringankan beban yang dipikul oleh penggiat seni. Seni juga memberi sumber kreativiti dan kemahiran untuk berfikir secara berinovasi. Ini adalah amat penting untuk kita menjana ekonomi yang boleh bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Oleh kerana faktor ini, seni perlu dipupuk di Malaysia,” menurut Izan Satrina, Pengasas dan Pengarah MyPAA.

“Kami berbesar hati dapat membantu industri dengan memberi skim dana yang dapat memenuhi keperluan penggiat seni persembahan untuk memajukan industri. Kini penggiat seni tanahair diberi akses untuk memastikan bakat dan kemahiran mereka boleh terus mekar dan mencapai potensi mereka,” ujar Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN.

“Warganegara Malaysia yang terlibat dalam industri seni persembahan seharusnya mengambil peluang tersebut untuk menampilkan bakat atau menaik tarafkan kemahiran mereka untuk kebaikan diri dan industri. Kami telah menetetapkan satu proses penilaian yang dilaksanakan oleh Panel Pemilihan.

Permohonan akan dinilai melalui beberapa kriteria dan juga kelengkapan bahan-bahan sokongan, tetapi saya berharap mereka tidak akan menganggap ini sebagai satu halangan kerana ini adalah proses yang perlu dilalui. Kami di MyPAA bersedia untuk menerima sebarang pertanyaan atau permintaan bantuan mengenai cara-cara mendaftar dan memohon dana dari individu-individu mahupun badan-badan seni,” jelas Izan Satrina.

Permohonan dana akan dibuka empat kali setahun. Individu–individu atau syarikat-syarikat yang berminat boleh memohon melalui laman sesawang MyPAA di www.mypaa.com.my. Tempoh akhir pendaftaran pertama bermula pada Isnin, 19 Ogos 2013. Permohonan yang berjaya akan diumumkan pada awal September 2013. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ragfund@mypaa.com.my