'Dah biasa dikeji dan dimaki!' - Tauke nafi mempunyai masalah dengan isteri
Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendakwa dia mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya, Nadia Mohd Affandi.
Gempak
Sun Dec 09 2018
TAUKE: 'Begitulah cara kita berfikir, kalau sesuatu itu kita pandang positif maka positif la jadinya, kalau negatif, negatif la pemikiran kita.' - Foto Astro GEMPAK
PESERTA Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendakwa dia mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya, Nadia Mohd Affandi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke menjelaskan perkongsian yang dilakukan sebelum ini adalah untuk memberi info kepada orang ramai dan bukan ditujukan pada isterinya.
"Salam toq, hari itu saya ada up story mengenai 7 tanda-tanda isteri durhaka. Kesannya, berita itu jadi viral, rata-rata sahabat memandang serong pada gua.
"Padahal niat kita baik atas dasar memberi info yang berguna untuk para-para isteri. Begitulah cara kita berfikir, kalau sesuatu itu kita pandang positif maka positif la jadinya, kalau negatif, negatif la pemikiran kita.
"Gua da biasa di keji dan di maki tapi sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran.