Susulan arahan untuk ‘duduk rumah’ semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan serta trend penggunaan pengangkutan di peringkat global yang turut terjejas, Waze mendedahkan berlaku pengurangan penggunaan aplikasi pemanduan arah yang drastik.
Ia meliputi jumlah jarak yang berkurangan sebanyak 80 peratus berbanding purata harian pada Februari lalu.
Sehubungan itu, syarikat aplikasi pemanduan arah itu mengambil langkah proaktif dengan mengaktifkan rangkaian komuniti dan rakan-rakan kongsinya menerusi Komuniti Sukarelawan, program Waze for Cities, serta beberapa inisiatif lain.
Menerusi kenyataan pada Khamis, Waze berkata data menunjukkan bahawa di seluruh dunia, kebanyakan negara telah mengurangkan pemanduan secara mendadak.
“Secara global, pengguna Waze memandu 60 peratus kurang daripada perangkaan purata harian bulan Februari untuk tempoh dua minggu (11 Februari 2020 - 25 Februari 2020),” katanya.
Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan bahawa terdapat juga perjalanan asas yang perlu dibuat setiap hari.
“Contohnya pembelian keperluan asas harian, mendapatkan rawatan kesihatan, atau menunaikan kewajipan kerja bagi golongan dalam kategori perkhidmatan penting,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai sebuah aplikasi yang dilengkapi ‘real time reporting tool’, Waze percaya bahawa datanya boleh membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih efektif.
“Untuk menyokong usaha ini, komuniti Editor Waze dan pasukan tindak balas krisis Waze sedang bekerjasama dengan 58 buah negara (dan angka ini kian bertambah) untuk memuatkan data aktiviti bantuan yang khusus kepada rantau ini.
“Ini termasuk maklumat penutupan jalan, kawasan zon merah, dan sebagainya, kepada peta,” katanya.
Selain itu, Waze juga telah melancarkan sebuah laman utama COVID-19 yang menyeru kerajaan-kerajaan di serata dunia untuk menyumbangkan data lokasi pusat pemeriksaan kesihatan dan pusat pengagihan makanan kecemasan.
“Satu lagi inisiatif yang telah digerakkan dengan segera oleh Waze ialah sokongan kepada sistem pandu lalu dan pengambilan tepi jalan.
“Ia bertujuan mengurangkan keperluan untuk bersentuhan (contactless delivery) apabila menggunakan produk daripada rakan-rakan kongsi Waze yang merangkumi makanan dan keperluan asas lain,” jelasnya.
Syarikat itu berkata, perusahaan yang perlu mengemaskini maklumat mereka boleh berbuat demikian dengan beberapa langkah mudah atau boleh menghubungi pasukan sokongan Waze untuk bantuan.
Najmi Syahiran Mamat
Thu Apr 16 2020
Waze berkata, pengguna memandu 60 peratus kurang daripada perangkaan purata harian bulan Februari untuk tempoh dua minggu. Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: ''Saya tak curi duit orang kaya''
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bapa Allahyarham Zulfarhan kecewa masih ada isu buli di UPNM
Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros berkata, kes tersebut didakwa tidak akan menunjukkan sebarang perkembangan sekiranya ia diuruskan di peringkat dalaman.
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.
Korea Utara uji peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-19 baharu
Empat warga Thailand terkorban di sempadan Lubnan-Israel
Empat warga Thailand dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera akibat serangan udara berhampiran bandar Metula di sempadan Lubnan dan Israel.
Pemerkasaan Pemantauan dan Tindakan Proaktif perlu
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff menyeru pemantauan proaktif melalui pemerkasaan audit dalaman dan pengurusan risiko, di samping tanggungjawab yang lebih tinggi kepada agensi dan kakitangan kerajaan untuk memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masa dan bermanfaat untuk rakyat.
[TERKINI] Monsun Timur Laut diramal bermula Selasa ini
Monsun Timur Laut 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di negara ini, dijangka bermula Selasa dan berterusan sehingga Mac depan.
Anwar jamin terus bantu keluarga Paramesvaree
Perdana Menteri akan terus membantu keluarga Paramesvaree dari Klang, Selangor yang berdepan kesusahan hidup selain diuji masalah kesihatan.
Lesen Media Sosial: Masa Depan Industri Teknologi Lebih Terkawal dan Selamat
Pelesenan platform media sosial di Malaysia terhadap masa depan industri teknologi dilihat bukan sebagai sekatan terhadap inovasi, tetapi sebagai pendekatan untuk memperkukuhkan keselamatan data, meningkatkan kepercayaan pengguna, dan merangsang ekonomi digital. Mengambil inspirasi dari model negara maju seperti Eropah, Singapura, dan Australia, Malaysia berpotensi mengawal kandungan dalam talian dengan berkesan sambil mengekalkan kebebasan bersuara dan jaminan keselamatan siber.
[TERKINI] Siasatan buli, MINDEF perlu kenal pasti pelaku
MINDEF sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di UPNM.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.
Pelancong, nomad digital kini boleh berbelanja seperti lokal
Di sebalik kadar positif kemasukan pelancong asing, Malaysia memerlukan lebih banyak perbelanjaan antarabangsa dalam usaha negara menghasilkan pengalaman percutian yang berkualiti.
Satu aplikasi untuk semua perkhidmatan bas di Lembah Klang akhir tahun ini
Aplikasi berkenaan kini dalam peringkat mengumpul data dan diusahakan bersama antara tiga operator bas.