KUALA LUMPUR: Penerbit dan penulis novel tersohor Siti Rosmizah Semail dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan COVID-19.

Perkongsian dibuat oleh pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin di laman Instagram, hari ini.

“Allahuakbar. Sama sama lah kita mendoakan kesembuhan buat Siti Rosmizah yer kawan kawan sekalian. Covid is no joke. So please jaga jaga semua. Kita belum masuk ke fasa endemic lagi,” katanya.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi hospital Siti Rosmizah menerima rawatan akibat jangkitan tersebut.

Menerusi ruang komen, ramai netizen dan selebriti tempatan mendoakan agar Rosmizah kembali sihat seperti sedia kala.

Rosmizah yang juga merupakan seorang penulis novel, terkenal dengan karya antaranya Andai Itu Takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu dan Rindu Awak Separuh Nyawa yang bersiaran di Astro Ria.