PENYANYI berusia 16 tahun dari Thailand, Chaeelda Gilbert akui sudah menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya dan senang bekerja dengan Rocketfuel Entertainment.
Gadis berdarah kacukan Thailand-Inggeris itu berkata, dia tidak kisah berulang alik dari Thailand ke Malaysia demi kerjaya yang dicintainya.
“Sepanjang menjalankan promosi untuk lagu Mind Over Matter di Malaysia, saya tidak pernah berasa asing, malah seronok dengan sambutan orang di sini.
“Saya sendiri tidak menyangka akan diterima oleh peminat-peminat di Malaysia,” katanya yang memulakan langkah menerusi single ciptaan penyanyi rap, SonaOne itu.
Ketika ditanya mengapa Rocketfuel menjadi pilihannya, Chaleeda memberitahu syarikat tersebut memahami hala tujunya dalam muzik.
“Sebelum Rocketfuel ada beberapa syarikat rakaman memberi tawaran kepada saya, tetapi semuanya tidak menarik minat saya.
“Namun dengan Rocketfuel sebaik sahaja mereka buat tawaran saya tidak tunggu lama untuk jawab “ya” kerana mereka memberi saya kebebasan untuk meneroka bakat dan muzik saya sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.
Chaleeda merupakan bakat yang dicungkil menerusi YouTube dan mempunyai single dalam bahasa Thai, Ready For Love berkolaborasi dengan penyanyi rap terkemuka Thailand, Twopee.
Selepas pelancarannya oleh Rocketfuel pada pertengahan Ogos tahun lalu, klip video single tersebut telah ditonton hampir tiga juta kali di YouTube.
Gempak
Fri Jan 05 2018
Chaleeda merupakan bakat yang dicungkil menerusi YouTube dan mempunyai single dalam bahasa Thai, Ready For Love berkolaborasi dengan penyanyi rap terkemuka Thailand, Twopee. Foto Astro Gempak
Hamas sifatkan AS gagal beri tekanan kepada Israel
Pegawai Hamas, Ghazi Ahmad berkata Amerika Syarikat gagal memberi tekanan kepada Israel dalam usaha merealisasikan gencata senjata di Gaza.
Najib berkerusi roda ke mahkamah hadir lanjutan prosiding
Datuk Seri Najib Razak kelihatan lemah ketika hadir perbicaraan 1MDB tetapi sempat melambai kepada media di pintu masuk mahkamah.
Angka korban meningkat, rundingan gencatan senjata masih tidak berhasil
Menghampiri satu tahun bermulanya konflik secara besar-besaran itu, kekejaman dan kezaliman Zionis terus dipertingkat ditambah dengan rundingan gencatan senjata yang masih belum menemui noktah.
Perlu ada tekas politik bagi merealisasikan perjanjian gencatan senjata
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
"Jangan buat ukuran begitu, itu hanya memberi sedikit petanda" - PM
Perdana Menteri memaklumkan analisis dari 248 petunjuk SDG terkini, Malaysia berada dalam kedudukan yang agak baik iaitu sebanyak 43 peratus berbanding purata dunia sebanyak 17 peratus.
#AWANInews
#AWANInews
Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Minta maaf atau siap sedia 'pecah tabung' - Peguam ‘Abang Bas’
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk kalangan selebriti yang melemparkan kata-kata nista terhadap lelaki itu.
Mahkamah arah MHO, dua pihak lain padam kenyataan kaitkan Mashitah dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Mereka diarah untuk memadamkan kenyataan didakwa berbaur fitnah mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
AWANI Ringkas: 392 kanak-kanak diselamatkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Chaleeda Gilbert anggap Malaysia rumah kedua, seronok bersama Rocketfuel
Gadis berdarah kacukan Thailand-Inggeris itu berkata, dia tidak kisah berulang alik dari Thailand ke Malaysia demi kerjaya yang dicintainya.