BERBEZA dengan tradisi pulang ke kampung atau menyambut perayaan Hari Natal di negaranya, pasangan terkenal Catherine Zeta Jones dan Michael Douglas meraikan Krismas bercuti bersama anak-anaknya di India.

Menerusi perkongsian di Instagram, aktres cantik itu memperlihatkan dirinya gembira bergambar dengan beberapa wanita tempatan yang memakai sari.

Pada ruangan kapsyen dia menulis: “Menyambut Krismas di India bersama wanita-wanita cantik ini.

Instagram @catherinezetajones



Jones sebelum ini mengatakan sudah lama jatuh cinta dengan India dan dunia perfileman mereka.

“Saya jatuh cinta dengan negara ini (India). Saya juga peminat setia dunia perfileman India. Anak-anak saya juga menonton Om Shanti Om.

“Saya sangat menyukai  The Lunchbox. Ia meninggalkan kesan buat saya dan sangat istimewa,” ujarnya.

*Artikel asal yang disiarkan di Gempak