DEMI menyuntik kelainan dalam filem Melayu sulungnya, penerbit Punnagai Poo Gheetha daripada SG Entertainment & Advertising memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah filem Siapa Buka Lampu?
Bukan menidakkan kemampuan pengarah tempatan, tetapi menurut Punnagai Poo Gheetha atau mesra disapa Gheetha, sebagai penerbit dia telah mengatur strategi pemasaran agar filem Siapa Buka Lampu? dapat dipasarkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga negara serantau.
“Saya mahu sesuatu yang mudah diterima penonton tetapi dalam masa sama ada sentuhan yang menggabungkan elemen tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.
“Selain filem ini tentang parodi hantu-hantu popular, pengarah, kru dan pelakon juga merupakan gabungan daripada tiga buah negara.
“Oleh itu, penonton dapat merasai ‘rasa’ Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam sebuah karya.
"Justeru, pemilihan Reka Wijaya untuk filem ini adalah tepat,” kata Gheetha yang telah menerbitkan 11 buah filem Tamil di India.
Kos RM1.3 juta
Berbicara tentang cabaran pembikinan filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta itu, jelas Gheetha bukan mudah untuknya memegang dua posisi serentak iaitu selaku penerbit dan juga pelakon.
“Tekanan yang dihadapi sebagai seorang penerbit cukup tinggi, begitu juga dengan pelakon. Saya memikul kedua-dua tugas serentak sememangnya cukup mencabar.
"Saya perlu memastikan tekanan tidak terlihat pada wajah sewaktu penggambaran berlangsung,” luah Gheetha yang juga seorang pengacara dan penyampai radio tempatan di stesen radio Raaga.
Selain Gheetha, pelakon dan pelawak Ammar Titan turut membintangi filem bergenre komedi seram ini selepas membintangi filem Siapa Tutup Lampu? yang diterbitkan pada 2021.
“Filem Siapa Buka Lampu? boleh dikira seperti sebuah filem francais yang menggunakan judul dan konsep yang sama tetapi barisan pelakon yang berbeza.
“Dalam filem ini saya bergandingan dengan Qasrina dan pelawak yang faham bagaimana untuk mempersembahkan sebuah karya komedi,” ujar Ammar.
Masalah komunikasi
Sambung Ammar cabaran terbesar yang dihadapi ketika penggambaran adalah masalah komunikasi kerana pengarah dan kru berasal dari Indonesia.
“Filem ini bergenre seram komedi dan cara orang Malaysia berlawak dengan Indonesia agak berbeza. Kelakar bagi kami, tidak bagi pengarah (ketawa).
“Jadi, kami harus mencari titik temu agar semua pihak berpuas hati menerusi perbincangan dan juga latihan.
"Bekerja dengan pengarah Indonesia, bagi saya sangat berbeza kerana pemikirannya tidak sama dengan pengarah di Malaysia.
“Satu pengalaman yang bagus untuk saya dan diharap penonton akan memberikan sokongan kerana filem ini sangat kelakar dan mampu menghilangkan tekanan anda,” kata Ammar lagi.
Selain Gheetha dan Ammar Titan, filem Siapa Buka Lampu? yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 4 Julai lalu turut dibintangi oleh Qasrina Karim, Azhar Jalil, Angie Ang, Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Bell Ngasri, Tia Tavee, Mamak Puteh dan Geoff Feyaerts. -Gempak
Gempak
Sat Jul 06 2024
Filem "Siapa Buka Lampu?" mula ditayangkan di pawagam pada 4 Julai lalu. -Gempak
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Cari kelainan, penerbit filem 'Siapa Buka Lampu?' pilih pengarah Indonesia
Selain Gheetha, pelakon dan pelawak Ammar Titan turut membintangi filem bergenre komedi seram ini selepas membintangi filem Siapa Tutup Lampu? yang diterbitkan pada 2021.