PELAKON Julia Ziegler, 32 tahun, akui belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan zuriat.

Julia ketika ditemui Astro Gempak berkata kuasa untuk memiliki anak bukanlah terletak kepada dirinya dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Lepas kahwin, orang akan tanya bila nak dapat anak. Lepas dapat anak, orang akan tanya bila nak tambah, dan begitulah sebaliknya.

“Pada saya perkara itu tidak memberikan tekanan pada dan usia perkahwinan kami pun baru mencecah setahun.

“Tak perlu nak ‘stress’, bukan kuasa saya untuk tentukan rezeki dapat anak. Kita hanya merancang tapi kalau Tuhan belum beri rezeki maka tak adalah.

“Kalau boleh doakanlah yang baik-baik, jangan kata yang bukan-bukan. Bila nak mengandung itu saya tidak tahu, itu kuasa Tuhan,” katanya.

Julia ditemui ketika majlis Habib Warehouse Sale 2017 bertempat di Ampang Point baru-baru ini.

Dalam perkembangan terbaru, Julia bakal muncul dengan drama bersiri "Laluna" tidak lama lagi.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler diijabkabulkan dengan jurutera mekanikal yang hanya dikenali sebagai Johan pada 1 Januari tahun lalu.

Foto: Instagram @zieglerjulia
Teks oleh: Mya Amri