KREDIBILITI seorang Sabri Yunus sebagai pengarah memang tidak dapat disangkal.
Karya-karya tulisan dan arahannya sentiasa dekat dengan hati masyarakat dan menyentuh kisah-kisah benar kehidupan di sekeliling kita. Meyakinkan dan menyentuh hati yang menonton.
Sabri sebagai seorang pelakon juga, tidak pernah gagal memberikan impak dalam setiap watak yang dibawakan.
Namun, untuk drama bersiri berjudul 4 Abdul 1 Mohd, dia memberikan lebih buat penonton.
Bukan hanya menerbit, mengarah dan menulis skrip, tetapi kali ini seniman kelahiran Kelantan ini membawakan empat watak sekali gus dan membuatkan mata yang menonton akan terfikir, bagaimana dia melakukannya malah meyakinkan penonton dengan setiap watak yang berlainan itu?
“Saya merasakan saya tidak mempunyai sebarang resepi untuk ‘switch on dan off’ kepada watak . Ini kerana saya merasakan bahawa kita sendiri ada batas dan tahu mengawal lakonan.
"Kalau faham tentang batas dan pengawalan, tiada akan ada masalah. Dalam drama 4 Abdul 1 Mohd, ada seorang Sabri Yunus yangmengawal semuanya,” ujarnya yang baru selesai mengarahkan drama Pok Ya Cong Co Dei.
Untuk drama 12 episod yang kini bersiaran dari hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di Astro Ria, Sabri membawakan watak Abdul Jabar, Abdul Somad, Abdul Wasit dan Abdul Hakim di mana setiap Abdul berbeza dialek dan karakter.
“Antara empat watak yang dibawakan, saya merasakan watak Abdul Wasit merupakan yang paling mencabar. Watak lembam, sangat mencabar.
"Saya nak ‘maintain’ watak itu dalam keadaan yang cepat di waktu fikiran saya masih bergerak sebagai pengarah dan kemudian tiba-tiba nak jadi lembab.
"Itu mencabar tetapi saya boleh terima. Saya tulis skrip di lokasi. Bayangkan saya kena harus tulis lalu bagi pada diri saya untuk dihafal.
"Watak itu saya harus masukan dialek orang Pahang. Saya bernasib baik kerana kru saya ramai orang Pahang. Boleh cakap, tetapi tidak tepat. Watak paling sukar dan orang akan simpati,” ceritanya tentang Abdul Wasit yang berpewatakan lurus bendul.
Drama bersiri 4 Abdul 1 Mohd ini turut dilakonkan oleh Asrul Faizal, PU Azman, Brian Chan, Azizul Ammar, Angeline Tan, Saidi Sabri dan Issey Fazlisham.
Lokasi penggambaran drama terbitan Porcupine Production dan Heritage Movies ini menjalani pengambaran selama 32 hari di Temerloh dan Pantai Sepat Kuantan.
Ditanya tentang cabaran mengarah dan berlakon dalam drama ini, Sabri berkata, cabaran lebih kepada kekangan masa dan SOP.
“Sangat-sangat sukar. Bukan sekadar kesukaran dalam proses untuk membikin tetapi juga dengan kekangan masa yang ada.
"Malah kita juga perlu mematuhi prosedur SOP yang ditetapkan. Untuk buat sebuah drama dan bukannya bukan filem, kita tiada pilihan.
"Kena kejar masa dan itulah cabaran. Memegang watak tidaklah cabaran sangat. Nak mengangkat naskhah dalam masa yang terhad, itu lebih mencabar.
"Memegang watak itu seronok kerana mencabar diri. Watak berbeza dengan dialek yang lain, saya seronok,” ujarnya yang membawakan dialek Kelantan, Pahang, Terengganu dan Indonesia.
Ditanyakan perkara-perkara menarik yang berlaku sewaktu penggambaran, Sabri berkata, salah satu proses spontan yang kini kerap dipraktikkannya.
“Saya gunakan pelakon yang hanya dipetik di sekeliling saya ketika saya jumpa. Antaranya adalah watak isteri dalam drama ini merupakan seorang pegawai polis.
"Saya tak bawa pelakon dari agensi, saya jumpa di lokasi dan terus tawarkan berlakon. Itu yang menarik. Bagaimana saya nak berhadapan dengan pelakon yang saya petik di sekeliling, itu proses yang menarik,” ketawanya bercerita.
Drama 4 Abdul 1 Mohd mengisahkan Jabar yang sewaktu mudanya telah berkahwin dengan tiga orang wanita dan menceraikan semua isteri-isterinya, dalam masa yang sama mereka sedang mengandung.
Selang 50 tahun kemudian, dia mula mencari anak-anaknya untuk membetulkan kesilapannya dahulu.
Jabar yang semakin sakit dan uzur berhajat untuk membahagikan hartanya.
Namun begitu, Jabar terkejut apabila mendapati anak-anaknya mempunyai mirip muka yang sama!
Akan tetapi, pertemuan Jabar dan anak-anaknya membawa bala dan kehancuran kepada keluarga mereka.
Astro Awani
Sat Jan 29 2022
Menerusi drama bersiri 4 Abdul 1 Mohd, seniman Sabri Yunus membawakan empat watak selain mengarah dan menulis skrip. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
KLWBC2020: Membaca buku hidup Sabri Yunus
Sabri meninggalkan kampung halaman pada 1982 lalu menuju Kuala Lumpur. Dirinya ingin menjadi seseorang; melangkaui 'title' seniman kampung.
COVID-19: Contohi negara Eropah bantu industri filem pasca PKP - Penggiat filem
Kerajaan memainkan peranan penting membangun semula industri ini yang terjejas teruk.
MB Perak tunjuk bakat berlakon filem
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya berlakon satu babak dan penggambaran dijalankan di Taiping yang mengambil masa hanya satu jam.
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar
Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang pernah diangkat ke pentas kini dipindahkan pula ke televisyen.