AKTRES popular Hollywood, Angelina Jolie memfailkan tindakan mahkamah terhadap bekas suaminya, Brad Pitt, atas dakwaan aktor tersebut menyerangnya dan anak-anak mereka semasa berada dalam pesawat peribadi.
Menurut Jolie, insiden itu juga menjadi antara sebab dia memfailkan perceraian.
Dalam tuntutan mahkamah itu, Jolie mendakwa, Pitt memegang kepalanya dan menyerang dua anak mereka dalam perjalanan pada tahun 2016 itu, lapor portal berita BBC.
Pitt juga dilaporkan mendera secara lisan dan mencurah alkohol kepada keluarganya dalam penerbangan dari Perancis ke Los Angeles itu.
Bagaimanapun, Pitt menafikan dakwaan itu.
Sumber yang rapat dengan aktor itu memberitahu BBC, dakwaan Jolie adalah palsu.
"Jolie terus menyusun semula, mengubah dan membayangkan semula peristiwa yang berlaku enam tahun lalu dengan menambah maklumat yang sama sekali tidak benar setiap kali dia gagal mendapatkan apa yang dia mahukan.
"Kisahnya sentiasa berubah dan berkembang," kata sumber tersebut.
Peguam Jolie mendakwa, dalam insiden pada 2016 itu, bintang Fight Club tersebut menjerit, menuduh Jolie ebagai "terlalu berlembut dengan anak-anak."
Tidak lama kemudian, Pitt menarik Jolie ke bilik mandi di belakang pesawat, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan Jolie.
"Pitt memegang kepala Jolie dan menggoncangnya dan kemudian memegang bahunya dan menggoncangnya semula sebelum menolaknya ke dinding bilik mandi.
"Pitt kemudian menumbuk siling pesawat berkali-kali, menyebabkan Jolie keluar dari bilik air," menurut fail mahkamah tersebut.
Selepas salah seorang anaknya campur tangan secara lisan, Pitt 'menyerang' anaknya sendiri", kata laporan itu lagi.
"Jolie kemudian memegangnya dari belakang untuk menghalangnya," menurut kertas pertuduhan.
Anak-anak pasangan itu kemudian bergegas masuk dan cuba melindungi satu sama lain sebelum Pitt mencekik salah seorang kanak-kanak dan memukul seorang lagi di muka.
Peguam Jolie berkata, aktres itu dan anak-anaknya "duduk diam dan senyap di bawah selimut" sehingga pesawat tersebut mendarat.
Pemfailan mahkamah dibuat Jolie itu mendedahkan ketegangan melibatkan pasangan itu mengenai rancangan mereka untuk kilang wain yang dibeli bersama sebelum ini.
Agensi
Wed Oct 05 2022
![Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/81533723189_BradJolie.jpg)
Angelina Jolie memfailkan tindakan mahkamah terhadap bekas suaminya, Brad Pitt, atas dakwaan aktor tersebut menyerangnya dan anak-anak mereka semasa berada dalam pesawat peribadi. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/71479871456_bradpitt.jpg)
Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap
Scammer reka cerita Brad Pitt terdesak perlukan wang untuk rawatan buah pinggang, wang simpanannya dibekukan susulan kes cerai dengan Angelina Jolie.
![Lewis Hamilton kritik filem F1 guna gear salah Lewis Hamilton kritik filem F1 guna gear salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697499092_TBLewisHamilton.jpg)
Lewis Hamilton kritik filem F1 guna gear salah
Filem yang dibintangi Brad Pitt ini dijangka ditayangkan pada tahun 2025.
![Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712380633_tbdera.jpg)
Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
![Status ibu selamatkan hidup Angelina Jolie dari musnah Status ibu selamatkan hidup Angelina Jolie dari musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61696036163_TBAngelinaJolie.jpg)
Status ibu selamatkan hidup Angelina Jolie dari musnah
Mempunyai anak telah banyak menyelamatkan Jolie dan hidup dengan pandangan yang berbeza terhadap dunia.
![Brad Pitt tampil di Grand Prix Britain dengan sut lumba Brad Pitt tampil di Grand Prix Britain dengan sut lumba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688980054_TBbradpitt.jpg)
Brad Pitt tampil di Grand Prix Britain dengan sut lumba
Pelakon Brad Pitt mengejutkan dunia sukan permotoran apabila dirakam memakai sut lengkap pelumba di Litar Silverstone pada Ahad menjelang Grand Prix Britain.
![Lewis Hamilton pertahan watak Brad Pitt dalam F1 Lewis Hamilton pertahan watak Brad Pitt dalam F1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688695737_lewishamilton.jpg)
Lewis Hamilton pertahan watak Brad Pitt dalam F1
Brad Pitt difahamkan akan memainkan peranan sebagai pemandu veteran yang kembali ke grid selepas 30 tahun tidak membuat kemunculan.
![Johnny Depp terima kontrak termahal dalam sejarah jenama Dior Johnny Depp terima kontrak termahal dalam sejarah jenama Dior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684124962_jhonny.jpg)
Johnny Depp terima kontrak termahal dalam sejarah jenama Dior
Christian Dior dilaporkan telah memperbaharui kontrak luar biasa dengan pesohor hiburan penuh kontroversi, Johnny Depp.
![Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/81533723189_BradJolie.jpg)
Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi
Jolie dakwa bekas suaminya memegang kepalanya dan menyerang dua anak mereka dalam perjalanan dari Perancis ke Los Angeles.
![Lewis Hamilton sahkan bekerjasama dengan Brad Pitt untuk filem F1 Lewis Hamilton sahkan bekerjasama dengan Brad Pitt untuk filem F1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654918902_BradPittLewisHamilto.jpg)
Lewis Hamilton sahkan bekerjasama dengan Brad Pitt untuk filem F1
Hamilton telah mengambil peranan penerbit dalam filem yang dibintangi oleh legenda Hollywood, Pitt, untuk Apple TV.
![Konflik berterusan, Brad Pitt saman Angelina Jolie Konflik berterusan, Brad Pitt saman Angelina Jolie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/81533723189_BradJolie.jpg)
Konflik berterusan, Brad Pitt saman Angelina Jolie
Brad Pitt telah memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, kerana menjual sebahagian kilang wain Chateau Miraval.