DISCOVERY Networks Asia Pacific (DNAP) mempelawa penerbit filem dan syarikat penerbitan bebas menyertai kursus tiga hari, 'Jumpcut Asia', dari 16 hingga 18 Disember.
"Mulai hari ini hingga 4 Disember, penerbit filem dan syarikat penerbitan dari Asia Tenggara dipelawa mengemukakan idea asli untuk filem yang mengabadikan intipati Asia Tenggara melalui laman sesawang Jumpcut Asia.
"Pakar industri, termasuk penerbit dokumentari yang memenangi Oscar, Nicholas Reed, akan berkongsi pengalamannya dalam pembangunan pic, apa yang perlu ada untuk menghasilkan cerita yang menarik dan cara untuk memikat perhatian," kata Ketua Produk, DNAP Asia Tenggara Charmaine Kwan dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemohon yang disenarai pendek akan mara ke peringkat pic dan pemenang pula akan menghasilkan filem pendek serta mendapat pembiayaan penuh, di samping bimbingan penerbitan daripada DNAP.
Di samping itu, filem yang mereka hasilkan pula akan ditayang kepada berjuta-juta penonton melalui DNAP dan platform digital Viddsee tahun depan.
Beliau berkata kursus itu bertujuan menghimpunkan penerbit filem yang bercita-cita tinggi melalui amalan terbaik DNAP dalam menghasilkan kandungan bagi penyiar global, yang merentasi platform linear dan digital.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2016
!['Bootcamp' untuk penerbit filem, syarikat penerbitan 'Bootcamp' untuk penerbit filem, syarikat penerbitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444469898_FIlming.jpg)
Penerbit filem dan syarikat penerbitan dari Asia Tenggara dipelawa mengemukakan idea asli untuk filem yang mengabadikan intipati Asia Tenggara. - Gambar hiasan/Freeimages.com
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Bootcamp' untuk penerbit filem, syarikat penerbitan 'Bootcamp' untuk penerbit filem, syarikat penerbitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444469898_FIlming.jpg)
'Bootcamp' untuk penerbit filem, syarikat penerbitan
Discovery Networks Asia Pacific (DNAP) mempelawa penerbit filem dan syarikat penerbitan bebas menyertai kursus tiga hari, 'Jumpcut Asia', dari 16 hingga 18 Disember.