BINTANG rock terkenal Eddie Van Halen meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kanser.

Pemergian mendiang diumumkan anaknya, Wolf Van Halen, menerusi Twitter pada 3.26 pagi Selasa waktu Malaysia.

Eddie cukup terkenal untuk mainan solo gitarnya dalam beberapa lagu ikonik seperti Beat It oleh Michael Jackson, dan lagu kumpulan rocknya, Van Halen, seperti Jump dan Panama.

Eddie berada di tempat kelapan dalam senarai pemain gitar terhebat oleh Rolling Stone.


Kumpulannya, Van Halen diiktiraf dalam Rock & Roll Hall Of Fame pada tahun 2007.

Selain Wolf, mendiang meninggalkan seorang balu.