PASANGAN selebriti Korea Selatan Se7en dan Lee Da-hae bakal berkahwin pada bulan Mei.
Penyanyi K-Pop dan tunang aktresnya berkongsi berita perkahwinan mereka dalam siaran berasingan di laman media sosial, Instagram.
Se7en atau nama sebenarnya Choi Dong-wook berkata, majlis perkahwinan itu akan berlangsung pada 6 Mei nanti.
"Saya telah berikrar untuk mengahwini teman wanita saya Lee Da-hae yang sentiasa memeluk saya dengan penuh kasih sayang dan berkongsi kegembiraan serta kesedihan bersama sejak lapan tahun lalu,” katanya.
Mengikrarkan komitmennya kepada bakal pengantinnya, penyanyi berusia 38 tahun itu menulis: “Mulai sekarang, saya akan menjadi lebih bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dan suami.”
Catatan Lee di laman Instagramnya disertakan dengan beberapa keping gambar perkahwinan.
Di Korea Selatan, pasangan biasanya mengambil gambar perkahwinan mereka sebelum majlis dan kemudian menggunakannya sebagai imej untuk jemputan digital dan media sosial.
Siaran itu memaparkan empat gambar pasangan bahagia itu dalam tetapan berbeza menggunakan pakaian berbeza.
Sementara itu, Lee berkongsikan bahawa beliau masih segan dan malu untuk berkongsi berita gembira itu walaupun telah menjadi pasangan kekasih selama lapan tahun.
“Kami telah berikrar untuk menjadi suami isteri pada Mei ini. Walaupun saya masih terbiasa memanggilnya 'teman lelaki,' saya akan lebih bertimbang rasa dan menjadi penyokong yang lebih besar untuk 'dia,' yang memberi saya kebahagiaan besar dengan tinggal di sisi saya dan kini akan menjadi teman untuk selama-lamanya
"Ia akan menjadi kebahagiaan yang besar bagi kami jika kami dapat berkahwin dalam cinta dan restu anda," ujar Lee.
Se7en mengeluarkan album sulungnya "Just Listen" pada tahun 2003.
Kerjayanya juga telah berkembang ke bidang lakonan dan pada tahun 2007, beliau memainkan peranan utama dalam drama televisyen "Goong S" (Palace S).
Beliau juga telah membintangi empat muzikal dan banyak iklan termasuk untuk Coca-Cola.
Lee pula telah muncul dalam banyak drama televisyen popular termasuk "Good Witch" pada 2018, "Chuno" ("Slave Hunters") pada 2010 dan filem pengintip 2013 "IRIS 2."
Astro Awani
Tue Mar 21 2023
Majlis perkahwinan itu akan berlangsung pada 6 Mei nanti. - Foto Instagram/leedahey4eva
Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.
Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyatakan ketegasan Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aspek tersebut mencerminkan pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas itu kepada masyarakat antarabangsa.
Sasar akaun PM, Meta diminta beri penjelasan
Meta telah diminta untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
AWANI Borneo [01/08/2024] - Angin kencang | Dari sisa jadi tenaga | 31 Ogos Hari Sabah
AWANI Borneo 31 Ogos 2024 bersama Assim Hassan
- 30 rumah setinggan atas air di Semporna roboh dibadai angin kencang
- Sarawak rancang bangunkan insinerator ala Sweden
- 31 Ogos detik keramat, titik penyatuan bangsa Sabah
- 30 rumah setinggan atas air di Semporna roboh dibadai angin kencang
- Sarawak rancang bangunkan insinerator ala Sweden
- 31 Ogos detik keramat, titik penyatuan bangsa Sabah
SUKMA 21: Sabah sasar bawa pulang 40 pingat emas
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri HajijI Noor berkata, beliau yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan berdasarkan prestasi dalam SUKMA KE-20 di Kuala Lumpur apabila berjaya membawa 30 pingat emas, 30 perak dan 38 gangsa
Meta siasat isu penurunan hantaran PM Anwar berkaitan pembunuhan Ismail Haniyeh - Fahmi
Meta Platforms Inc (Meta) sedang menyiasat isu penurunan hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan Ismail Haniyeh di Facebook.
Perkhidmatan kerajaan Sarawak berteraskan digital pada 2030
Perkhidmatan kerajaan Sarawak akan berteraskan digital sepenuhnya menjelang tahun 2030
Sarawak rancang guna model insinerator Sweden
Unit Perancangan Ekonomi Sarawak diarahkan untuk menjalankan kajian membangunkan dua loji insinerator masing-masing di kawasan utara dan selatan Sarawak bagi mengurus sisa yang boleh menghasilkan tenaga.
30 rumah setinggan atas air roboh
Kira-kira 30 rumah setinggan atas air roboh di Kampung Simunul, Semporna pada Khamis dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.
Bintang K-pop Se7en dan pelakon Lee Da-hae umum bakal berkahwin
Se7en atau nama sebenarnya Choi Dong-wook berkata, majlis perkahwinan itu akan berlangsung pada 6 Mei nanti.
#DopeWeddingCongratz: Taeyang dan Min Hyo Rin sah bergelar suami isteri!
Majlis berlangsung di sebuah gereja di wilayah Gyeonggi, Seoul dan dihadiri keluarga, rakan rapat serta rakan sekerja pasangan tersebut.