DUNIA hiburan hari ini dikejutkan dengan kematian pelakon Star Trek, Anton Yelchin.
Pelakon berusia 27 tahun itu meninggal dunia pada Ahad selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta.
Berita ini nyata mencetuskan kesedihan di kalangan barisan pelakon filem Star Trek.
Bintang filem dan peminat sci fi mengambil Twitter untuk memberi penghormatan terakhir kepada pelakon muda itu.
Antaranya ialah pengarah JJ Abrams, yang bekerja dengan Yelchin dalam dua filem sekuel Star Trek.
Pengarah filem Star Trek Beyond, Justin Lin, yang masih terkejut dengan berita itu berkata semangat Yelchin akan sentiasa 'hidup' di kalangan rakannya serta orang yang mengenalinya.
Star Trek Beyond akan menemui penonton di pawagam pada bulan hadapan.
Pelakon Hollywood juga tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan ucapan takziah.
Menurut mereka, industri hiburan telah kehilangan seorang pelakon yang berbakat.
Kemalangan berlaku di laluan sekitar kediaman Yelchin yang terletak di San Fernando Valley. Dia ketika itu sedang dalam perjalanan bertemu beberapa rakan untuk mengadakan latihan sebelum berhenti sejenak dan keluar dari kenderaan di satu lokasi.
Kereta terbabit bagaimanapun tidak semena-mena menggelongsor ke belakang dan melanggar Yelchin sebelum menjunam turun dari laluan yang curam itu.
Yelchin diheret sama sebelum ditemui terhimpit di antara sebatang tiang peti surat dan sebuah pagar, kata pasukan polis Los Angeles.
Kohilah Sekaran
Mon Jun 20 2016

Bintang filem dan peminat filem fiksyen sains menggunakan Twitter untuk memberi penghormatan terakhir kepada pelakon muda itu.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Kematian selebriti ini juga pelik dan cetuskan tanda tanya
Yelchin bukan satu-satunya bintang dan personaliti terkenal dunia yang meninggal dunia dalam keadaan pelik dan penuh tanda tanya.

Bintang Hollywood beri penghormatan terakhir kepada Anton Yelchin
Bintang filem dan peminat sci fi mengambil Twitter untuk memberi penghormatan terakhir kepada pelakon muda itu.

Pelakon Star Trek, Anton Yelchin maut dalam kemalangan kereta
Anton Yelchin, yang juga pelakon filem terbaharu Star Trek meninggal dunia pada Ahad selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta.