BEKAS anggota kumpulan Kara, Goo Hara mengejutkan industri hiburan Korea selepas membuat percubaan membunuh diri.
Percubaan bunuh diri itu dilakukan dalam sebuah bilik yang terletak ditingkat dua rumahnya bertempat di kawasan kejiranan Cheongdam, Seoul, pada Ahad.
Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, Hara telah memuat naik posting di akaun Instagramnya dengan ayat ‘selamat tinggal’.
Posting tersebut membuatkan pengurusnya berasa risau dan ragu-ragu dengan keadaan serta keselamatan Hara.
Pengurus kemudiannya menghubungi Hara namun tidak berjawab dan terus bergegas ke rumah penyanyi berkenaan.
Bagaimanapun, Hara kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri oleh pengurusnya dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan asap.
Tindakan pantas pengurus yang menghubungi talian kecemasan berjaya menyelamatkannya dan Hara digegaskan ke hospital.
Dalam pada itu, menerusi laporan Yonhap News, Hara masih lagi tidak sedarkan diri namun pernafasannya sudah kembali normal.
Terdahulu, Goo Hara sebelum ini mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki sehingga memberikan kesan kepada dirinya sejak tahun lalu.
Hara dan teman lelakinya juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk. - Sumber: Soompi
Gempak
Tue May 28 2019
Goo Hara sebelum ini mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki sehingga memberikan kesan kepada dirinya sejak tahun lalu.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Bilik dipenuhi asap dan cubaan bunuh diri, mujur Goo Hara sempat diselamatkan
Mujur sempat diselamatkan... Teringat kes lebih kurang sama dengan Jonghyun...