Justin Bieber mendedahkan dia tidak pernah meyembunyikan status hubungan dengan Selena Gomez semasa mereka bercinta.

Bintang remaja itu memberitahu dia tidak mahu menjadi seperti kebanyakan pasangan selebriti lain yang enggan mengaku demi menjaga populariti.

Pengakuan itu dilakukan semasa menjadi tetamu untuk program “Oprah’s Next Chapter”.

Ujarnya, dia selesa bersama Gomez ke mana-mana dengan menaiki kereta yang sama, meskipun penat diburu paparazzi.

Sebagai teman lelaki, Bieber tidak mahu Gomez berasa seperti disisihkan atau terpinggir setiap kali dia keluar untuk bekerja.

Bagaimanapun, Winfrey tidak bertanya tentang status terbaru mereka jika benar kembali bersama selepas putus cinta.