Menerusi akaun Instagramnya, Ozyln memberitahu pesan Johan kepada anaknya walaupun bersekolah di sekolah Cina, tetapi mereka perlu menjaga solat kerana ia 'pendinding' diri.
Sementara itu, Ozlyn turut berpesan kepada peminatnya untuk sentiasa menjaga perhubungan sesama ahli keluarga kerana itulah rahsia kebahagian sesebuah keluarga.
Ozlynn turut mengingatkan supaya terus sabar menangkis segala fitnah manusia dan banyakkan berdoa kerana yang lebih berkuasa hanyalah Dia.
"Setiap pagi papa akan check cctv tgk ank solat ke x.. pesan papa kt dorg.. biar skolah cina yg penting solat jaga.. tu lah “pendinding” kamu..
kami x hidup dek pujian dan x mati dek kejian.. sb tu ktorg sentiasa tenang n happy.. bkn xde ujian.. ada.. tp kami akan selesaikan bkn lari.. sb kami jaga perhubungan kekeluargaan kami..
sama jugak mcm korg di luar sana.. jgn peduli jika ada yg cuba menjatuhkan semangat kalian.. bangkit!!
Jika ada mulut yg cuba memfitnah atau bercerita buruk ttg kamu.. sabar.. doakan yg baik2 utk mereka..
percayalah.. kamu akan lebih tenang, bahagia.. kerana yg lebih berkuasa hanya DIA.. salam jumaat buat semua kesygan ku... tu tips hari jumaat.. semoga segala urusan kalian hari ini dipermudahkanNya aameen.."
Entri tersebut telah mendapat pujian daripada peminat dan pengikut IGnya kerana ia sedikit sebanyak memberi semangat yang positif kepada mereka.
Rata-rata turut mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan kebahagian keluarga Johan dan Ozlynn.