PELAKON Janna Nick akui kesal dengan sikap netizen yang gemar menghina dan mengutuk dirinya.

Menerusi Insta Story miliknya, Janna memberitahu dia tidak menyangka bahagian betis kakinya juga turut menjadi isu.

"Betis pun nak jadi isu, bukan nak jadi bini depa pun. Betis besaq ni lah dok bagi kami makan tau.

"Cakaplah apa pun, dah tak dak hati nak layan. Lepas jadi #LeftenanZana ni lagi lah tak dak perasaan," tulisnya.



Tulis Janna lagi, dia juga tidak mahu ambil pusing dengan kritikan netizen kerana itu bukanlah perkara baru buat dirinya.

"Flying kiss buat semua kaki kritik, saya berusia 23 tahun. Saya dah bersedia dengan segala caci maki, kutukan hinaan.

"Apa pun saya dalam 'perjalanan' untuk menjadi orang yang lebih baik daripada kamu (haters) semua," coretnya.



Terdahulu, bahagian betis Janna dikritik netizen kerana dikatakan kelihatan terlalu besar ketika mengacara sebuah program hiburan baru-baru ini.