Foto serta video pasangan itu menggayakan busana tersebut telah dimuat naik oleh pereka fesyen Azura Couture menerusi akaun Instagram miliknya.
Rata-rata memuji keserasian mereka malah akui terpancar keserian wajah Fasha yang kini sedang berdarah manis.
Namun, ada juga yang melihat foto itu sebagai foto perkahwinanan dan menyangka pasangan itu sudah berkahwin.
Bagaimanapun Azura menerusi kapsyen memberitahu ia adalah foto pra perkahwinan mereka untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen.