Selamat tinggal Finn Hudson, semoga tenang di sana.
Sedih, pilu dan menyayat hati, itu kenyataan yang tepat untuk menggambarkan perasaan beribu-ribu peminat kelab seni Glee, ketika menonton episod yang didedikasi khas buat pelakon utama drama bersiri itu, Cory Monteith.
Episod yang bertajuk ‘The Quarterback’ ditulis esklusif sebagai penghormatan terakhir bagi mengenang mendiang Cory yang memegang watak Finn Hudson.
Hashtag #RememberingCory (mengingati Cory) menjadi trending ketika episod itu ke udara menemui penonton semalam.
Rata-rata peminat menulis di Twitter masing-masing bahawa mereka turut mengalirkan airmata ketika menyaksikan episod terakhir buat Finn itu.
Seperti yang dijanjikan, penulis dan penerbit eksekutif drama bersiri tersebut, Ryan Murphy tidak mahu menyebut bagaimana watak Finn mati ketika mengeluarkan watak itu dari cerita Glee.
“Bagaimana dia mati adalah tidak penting, apa yang penting bagaimana dia sewaktu masih hidup”
Itu antara bait skrip di dalam episod semalam.
Ia telah dimulakan dengan nyanyian dari barisan pelakon drama bersiri popular itu, seperti I'll Stand By You (Mercedes), Fire & Rain (Sam and Artie), No Surrender (Puck), dan If I Die Young (Santana).
Teman wanita Finn, Rachel Berry atau nama sebenarnya Lea Michele muncul diakhir 15 minit drama tersebut dan menyanyikan semula lagu nyayian Bob Dylan, Make You Feel My Love.
Kemunculan Lea dan lagu yang dibawanya adalah antara babak yang paling menyentuh hati dan paling banyak disebut di dalam ruang media sosial Twitter semalam.
Sebelum kematian Cory, Lea yang juga merupakan teman wanita Cory di luar set telah merancang untuk berkahwin.
Aktor berusia 31 tahun itu ditemui mati di bilik hotelnya di Vancouver, Kanada pada 13 Julai akibat pengambilan dadah dan alkohol berlebihan.
Cory atau Finn akan terus diingati sebagai budak lelaki yang lurus namun bersuara lunak.
Azyyati Ahmad
Fri Oct 11 2013
![Beribu-ribu menangis tonton episod khas Glee buat Cory Monteith Beribu-ribu menangis tonton episod khas Glee buat Cory Monteith](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41373781046_295x200.jpg)
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Rakan-rakan Naya Rivera beri penghormatan terakhir, ada peminat syak Glee suatu 'sumpahan' Rakan-rakan Naya Rivera beri penghormatan terakhir, ada peminat syak Glee suatu 'sumpahan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594686949_NayaRivera.jpg)
Rakan-rakan Naya Rivera beri penghormatan terakhir, ada peminat syak Glee suatu 'sumpahan'
Tujuh tahun lalu, peminat siri muzikal 'Glee' dikejutkan dengan pemergian watak utama Cory Monteith pada 13 Julai 2013.
![Beribu-ribu menangis tonton episod khas Glee buat Cory Monteith Beribu-ribu menangis tonton episod khas Glee buat Cory Monteith](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41373781046_295x200.jpg)
Beribu-ribu menangis tonton episod khas Glee buat Cory Monteith
Beribu-ribu peminat drama Glee turut menangis ketika menonton episod yang didedikasi khas buat pelakon utama drama bersiri itu, Cory Monteith.
![Cory Monteith disahkan terlebih dos heroin & alkohol Cory Monteith disahkan terlebih dos heroin & alkohol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374050885_295x200.jpg)
Cory Monteith disahkan terlebih dos heroin & alkohol
Keputusan bedah siasat mendapati Cory Monteith meninggal dunia kerana terlebih dos heroin dan alkohol.
![Peminat bersimpati dengan Lea Michele Peminat bersimpati dengan Lea Michele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41373857230_295x200.jpg)
Peminat bersimpati dengan Lea Michele
Satu hari selepas berita tentang kematian Cory Monteith, tweets kini fokus kepada kekasih beliau, Lea Michele.
![Rakan-rakan Glee beri penghormatan kepada Cory Monteith Rakan-rakan Glee beri penghormatan kepada Cory Monteith](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41373781046_295x200.jpg)
Rakan-rakan Glee beri penghormatan kepada Cory Monteith
Saluran Fox juga merakamkan penghargaan kepada dedikasi Monteith yang melakonkan watak Funn Hudson.
![Pelakon Glee Cory Monteith ditemui mati Pelakon Glee Cory Monteith ditemui mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81373781657_295x200.jpg)
Pelakon Glee Cory Monteith ditemui mati
Cory Monteith yang terkenal untuk wataknya sebagai Finn Hudson dalam siri musical televisyen Glee telah meninggal dunia.