Pelakon Malaysia yang kini ditahan di penjara di Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan sedang menderita dari aspek kesihatan akibat penyakit asma yang sangat kronik.
Anak kepada pelakon ternama Allahyarham Azean Irdawaty itu dikhabarkan sering mengalami kesukaran bernafas sehingga hampir disahkan mengidap penyakit batuk kering atau Tibi.
Memandangkan masih menjalani hukuman akibat kesalahan menyeludup dadah, Benjy berhadapan dengan masalah kewangan yang kritikal bagi menampung kos perubatan dan rawatannya.
Berkongsi penderitaan yang dialami Benjy, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, aktor itu menyampaikan permintaannya agar dia dibantu bagi meringankan bebannya.
"Tahap kesihatan Benjy agak kronik,...penyakit asma dan kesukarannya untuk bernafas agak kronik dan dia memerlukan sumbangan bagi kos perubatan dan perawatan hampir disahkan menghidap penyakit tibi," kata Zed dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis.
BACA: "Bukan salah ibu mengandung" - netizen simpati nasib Benjy
Menurut Zed, dalam pertemuan dengan Benji di penjara di Medan, beberapa hari lalu, Benjy tidak mampu menyembunyikan kesedihan dan kekesalannya dengan apa yang berlaku.
Kesedihan Benjy, jelas Zed, tambah berganda kerana lawatan beliau dan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah tempoh hari merupakan kunjungan sulung daripada kenalan dari Malaysia.
"Sewaktu kita secara peribadi bertemu dengan Benjy, dia terus peluk saya dan tidak melepaskan saya.
"Dia memberitahu dengan nada sebak, ini kali pertama menerima lawatan kenalan dari Malaysia," kata Zed lagi.
Bertitik tolak pada kunjungan ke penjara itu memberikan idea kepada Zed dan Seniman untuk melancarkan tabung bagi menampung keperluan Benjy sepanjang menjalani hukuman.
Benjy, kata Zed, memerlukan antara RM500 hingga RM600 sebulan bagi menampung kos perubatannya.
"Dari aspek pemberian sumbangan dan kaedah penyaluran bantuan kita akan lakukan kajian. Kita akan memastikan Benjy dapat menerima duit secukupnya bagi kos perubatan, makanan dan juga kos menampung kehidupan di penjara.
"Kami berharap agar kita dapat terus membantu Benjy bagi menghadapi hukumanya dengan sempurna," kata Zed lagi.
Dalam masa sama, Zed juga menyampaikan pesanan Benjy yang memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membantunya menampung kos rawatan dan mendoakan kesejahteraan.
Serentak itu, Zed mengumumkan pelancaran Tabung Prihatin Seniman dan Seniman Run 2.0 yang bertujuan mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli ahli seniman yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
Dalam pada itu, pada majlis yang sama Zed Zaidi turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy.
Firdaus Alauddin
Thu Dec 20 2018
BENJY (kiri) menerima kunjungan Zed Zaidi (kanan) dan Hafiz Nafiah yang mewakili persatuan Seniman di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia baru-baru ini. Foto Koleksi Zed Zaidi
Kerajaan akui isu kelewatan pengeluaran ‘fleet card’ SKDS, jamin akan dipercepat - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, masalah itu timbul berikutan kelewatan daripada syarikat minyak.
[TERKINI] Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia
Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama.
Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus menurun pada Mei lalu pada jumlah 566.1 ribu orang, dengan kadar kekal 3.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.
United Airlines siasat punca tayar tercabut semasa berlepas
United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
Meta akan padam kandungan hina zionis di Facebook, Instagram
Ini kerana perkataan zionis kini digunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai alasan untuk memukul rata kesemua individu Yahudi serta Israel.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.
Nelayan dikhuatiri hilang selepas terjun ketika dikejar Maritim Malaysia
Bot ronda Maritim Malaysia merapati bot terbabit kerana mengesyaki bot berkenaan sedang melakukan aktiviti menangguk siput.
Benjy semakin derita, hampir positif sakit Tibi
Benjy menderita akibat penyakit asma dan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos perubatan