JIKA diberi pilihan untuk menyatakan salah satu babak menarik dalam filem "Ben & Jody", sudah pasti ia berkaitan dengan ‘fighting scene’.
Sejujurnya sebahagian babak aksi dalam "Ben & Jody" cukup membuatkan kita rasa berdebar saat menonton.
Lebih-lebih lagi melihat penggunaan senjata-senjata tajam dan juga pistol yang digunakan oleh para pelakon.
Bagi yang belum mengetahui, sebenarnya alatan yang digunakan mereka sebenarnya adalah senjata asli.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh penerbit "Ben & Jody", Christian Imanuell yang menyatakan mereka menggunakan senjata asli dengan peluru kosong.
Bagaimanapun jangan bimbang kerana sepanjang penggambaran, penggunaan senjata api diawasi oleh pihak yang berpengalaman.
“Walaupun menggunakan peluru kosong, ada beberapa jarak yang perlu kami patuhi untuk melakukan tembakan,” katanya.
Malah sutradara "Ben & Jody", Angga Dwimas Sasongko juga menjelaskan sebab mereka menggunakan senjata asli.
“Kalau adegan tembak menembak itu sebenarnya kami menggunakan ‘practical effect'. Jadi kami pakai peluru ‘hampa beneran’.
“Saya mahukan percikan api itu dirakamkan dengan baik di kamera, kerana ini adalah babak aksi. Jadi saya mahukan babak itu kelihatan nyata dan praktikal,” jelasnya.
Lebih hebat lagi, filem ini juga membabitkan pelakon aksi hebat Indonesia iaitu Yayan Ruhian yang melakonkan watak Aa Tubir.
Selain Yayan, Ben & Jody dibintangi oleh Chicco Jerikho (Ben), Rio Dewanto (Jody), Hana Prinantina (Rinjani) dan ramai lagi.
Saksikan Ben & Jody yang ditayangkan terus di pawagam rumah anda iaitu Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
"Ben & Jody" juga mula ditayangkan di Netflix bermula 9 Jun 2022.
Sumber: Kompas.com
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 11 2022
Alatan yang digunakan di dalam filem ini difahamkan adalah senjata asli. -Gempak
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Ben & Jody: Babak aksi nampak 'real'! Guna senjata sebenar rupanya
Walaupun menggunakan peluru kosong, ada beberapa jarak yang perlu dipatuhi untuk melakukan tembakan.