Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal memaklumkan bayi yang baru dilahirkan itu mengalami pendarahan di bahagian paru-paru.
“Hari ke 5… Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 datang jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU untuk berbual-bual dengan baby. Abah dan mama tak mahu baby sunyi. Abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan mama dan sentuhan abah juga kan sayang.
“Baby D… Suka sebenarnya untuk abah kongsikan perkembangan baby pada kawan-kawan abah dan mama. Tapi abah serba salah... Abah tak pasti nak kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua-duanya.
“Dari hari ke hari, rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D. Setelah difikirkan, abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dapat mendoakan kesihatan baby ya sayang.
“Zohor tadi doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa...Rupanya... Ada cerita yang mengharukan dari doktor. Gementar bila doktor beritahu ada pendarahan pada paru-paru anak abah mama.
“Bahaya ke, abah tanya doktor. Doktor kata ya... Luluh jantung abah mendengarnya. Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu, hati abah menangis sebab tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya,” coretnya.
Dalam pada itu, Faizal juga mengakui, doktor sudah memberitahu risiko yang bakal dilalui oleh mereka suami isteri.
“Dari awal doktor dah tak beri harapan pada mama abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby abah akan terus kuat dan bertahan kan sayang.
“Maghrib ni pun ada berita sampai kat mama, beritahu yang baby kritikal, tapi mama abah macam tak nak terima berita tu sebab mama abah yakin ALLAH tetap mendengar doa abah dan mama termasuk doa mereka-mereka yang mendoakan baby di luar sana.
“Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir,” tulisnya.