PELAKON Edika Yusof terkilan dengan sikap segelintir pengarah dan stesen televisyen yang gemar menilai kemampuan seseorang artis itu hanya berdasarkan usia semata-mata.
Menurut Edika, seseorang pelakon itu harus dinilai menerusi kemampuan sebenar untuk menjayakan sesebuah watak di dalam drama atau filem.
“Pada pendapat saya, seorang pengarah atau mana-mana media tv tak sepatutnya menilai seseorang pelakon itu tua atau slow dan tak layak memegang watak penting dalam sesuatu karya kerana peringkat umur mereka dah meningkat.
“Sebab kalau keadaan fizikal masih kuat dan boleh beraksi tiada sebab untuk dipinggirkan. Bakat kami disia-siakan, ada yang masih boleh beraksi seperti dulu,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama "Projek: High Council" ini turut mendedahkan mengenai senario industri lakonan tempatan yang mahu sesetengah pelakon membuat aksi lagak ngeri sendiri tanpa memikirkan mengenai risiko kecederaan.
“Untuk filem seperti di Bollywood atau Hollywood, pelakon lagak ngeri akan disediakan untuk aksi lasak kerana takut pelakon tercedera akan mengganggu penggambaran.
“Di sini lagilah, selalunya kalau pelakon buat adegan lasak, nasib tak baik tercedera dan kita kena tanggungjawab sendiri.
"Kamikaze namanya. Pernah berlaku kepada diri saya sendiri. Insurans tak cover ya.
“Nama pun berlakon, jadi aksi-aksi lasak haruslah dilakonkan agar nampak lasak. Bukan buat real-real lasak.
"Kalau nak betul-betul buat real, dua tumbukan padu di muka dah concussion pelakon tu.
“Koreografer aksi lasak itu sendiri kena bijak agar dapat merealisasikan kehendak karya itu,” ujarnya lagi.
Malah, Edika juga turut menyentuh soal bayaran yang tidak setimpal bila melibatkan pelakon-pelakon lama.
“Kenapa di sini, nilai artis yang meningkat usia di pandang rendah. Offer payment serendah-rendah yang mungkin kerana budget dah burst terpaksa bayar tinggi kepada leading yang muda mudi.
“Lagi lama pengalaman, lama tinggi gajinya tapi dalam industri perfileman di Malaysia ni, terbalik pula.
"Jadi secara jujurnya di Malaysia kita perlu tukar mindset kita untuk memajukan lagi industri ini.
“Kena ada collaboration antara yang lama dengan yg baru berganding bersama. Setiap pelakon tak kira yg baru atau lama, ada peminat mereka tersendiri,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Edika turut menyeru kepada para pengarah untuk sentiasa bersikap profesional bersama para pelakon meskipun ketika berhadapan masalah.
“Industri perfileman kita ni kecil je. Jadi bersikap professional lah sesama kita dalam industri. Bersemuka dan berbincang la dengan baik. Be a gentleman/gentlewomen.
“Bila suka semuanya indah. Time tu yang busuk semuanya bau wangi, Boleh terima seadanya.
"Excited nak meminang boleh bersemuka. Kalau dah tak sudi pun always can slow talk nicely dan berbincang cerita masalah.
“Cari penyelesaian cara baik, win-win situation. baru cool,” akhirinya.
Sekadar informasi, Edika memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1989 menerusi drama Pelumba Malam.
Malah, pelakon berdarah Pakistan ini juga pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Maria Mariana, Awas dan XX Ray. -Media Hiburan
Sumber & Kredit Foto: Instagram Edika Yusof
Media Hiburan
Fri Mar 24 2023
Menurut Edika, seseorang pelakon itu harus dinilai menerusi kemampuan sebenar untuk menjayakan sesebuah watak di dalam drama atau filem. -Media Hiburan
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
Bakat kami disiakan, cedera tanggung sendiri - Edika Yusof
Menurut Edika, seseorang pelakon itu harus dinilai menerusi kemampuan sebenar untuk menjayakan sesebuah watak di dalam drama atau filem.
12 tahun jaga isteri lumpuh, peminat kesal pernah anggap Edika Yusof 'playboy'
Pengakuan Edika yang langsung tidak terfikir untuk berkahwin lain biarpun isteri lumpuh, buat peminat kesal pernah berfikiran negatif.