PELAKON dan penyanyi Janna Nick mengakui tidak sabar mahu menantikan reaksi pendengar terhadap single terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menurut Janna, 22, dia bakal tampil dengan dua single terbaru iaitu solo dan duet bersama pelakon, Alvin Chong.
"Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.
"Kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.
"Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini.
"Cumanya buat masa sekarang judul untuk lagu tersebut belum ada lagi dan lagu solo kedua saya itu mendapat sentuhan daripada penyanyi Hael Husaini.," katanya kepada Astro Gempak.
Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian dan memperkenalkan duta produk Cassandra Beauty Dust, di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bercerita mengenai pelantikan sebagai duta Cassandra Beauty Dust, Janna berkata, dia bersyukur kerana diberikan kepercayaan dan kagum dengan keberkesanan produk itu dengan dirinya.
"Saya tidak akan sesekali menerima tawaran menjadi duta jika produk itu tidak bagus dan saya mengakui produk ini amat berkesan selepas menggunakannya," ujarnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Gempak
Sun Oct 29 2017

Janna Nick mengakui tidak sabar mahu menantikan reaksi pendengar terhadap single terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Alvin Chong percaya Emma Maembong mampu hadapi dugaan
Bagus la kawan macam ni ..

Bakal lancar single terbaharu, Janna Nick tak sabar nantikan reaksi pendengar
Menurut Janna, 22, dia bakal tampil dengan dua single terbaru iaitu solo dan duet bersama pelakon, Alvin Chong.

Perlukah saya tidur sekatil dengan Fattah Amin? - Alvin Chong
Pelakon Alvin Chong akui risau apabila ditugaskan untuk menjalani penggambaran program realiti The House bersama aktor Fattah Amin.

Alvin Chong akui sukar berlakon dengan kura-kura
Pelakon Alvin Chong akui melalui pengalaman yang sukar apabila perlu berlakon bersama kura-kura dalam drama mini bersiri 3 Gadis Manis.

Fenomena Suri Hati Mr.Pilot: Pengikut Instagram Alvin mencecah 150,000
Pelakon Alvin Chong akui pengikut Instagram (IG)nya bertambah secara mendadak selepas berlakon dalam drama Suri Hati Mr. Pilot.

Ramai sangka saya Muslim kerana fasih berbahasa Melayu - Alvin Chong
Pelakon drama bersiri Suri Hati Mr Pilot, Alvin Chong akui ramai penonton keliru dengan status agamanya selepas membawa watak sebagai seorang Mualaf dalam drama tersebut.