Pelakon era 80-an Mohd Azmil Mustapha yang terkenal dengan filem 'Ali Setan' kini boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat bantu pernafasan, menurut adik bongsunya Mohd Aziph.
Beliau berkata doktor pakar di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya telah memberhentikan sepenuhnya alat ventilator dan mengurangkan dosage ubat bius sekitar 12.00 tengah Sabtu.
"Sekarang ini saya amat kagum dengan progress abang Azmil. Dan saya amat bersyukur kehadrat Ilahi," katanya dalam catatan Facebooknya.
Pada Jumaat, media melaporkan pelakon terkenal itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu sesak nafas dan sakit di bahagian dada.
"Maka sekarang ini abang (Azmil) bernafas dengan sendirinya dan telah pun sedar. Namun abang masih mamai, dek ubat yang banyak dalam badannya," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Aziph berkata kaum keluarga tidak dibenarkan mempunyai sentuhan fizikal serta tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik Azmil buat masa ini.
"Tiada konteks fizikal dibenarkan. Apa yang saya nampak sebentar tadi, dia terbatuk-batuk. Abang boleh mendengar arahan jururawat lelaki yang sedang membantunya ketika itu. Apabila diminta pusing, dia pusing, dan apabila disuruh membuka mulut dia ternganga," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Aziph turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan terhadap abangnya itu.
Pada masa sama, beliau turut meminta maaf kepada pelawat yang tidak berkesempatan melawat abangnya disebabkan mereka datang di luar waktu melawat.
Bernama
Sun Jan 17 2016

Media sebelum ini melaporkan pelakon terkenal itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu sesak nafas dan sakit di bahagian dada.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Selamat tinggal, Taufik...
Betapa besarnya kehilangan seorang pelakon ikonik era 80-an, Azmil Mustapha buat gandingan emasnya, Fauziah Ahmad Daud.

#AliSetan30Tahun: Lagi saya nak lupakan, lagi orang ingatkan, kata Sheila Majid
Segalanya istimewa dan lucu apabila mengimbas semula pengalaman penglibatan Datuk Sheila Majid dalam filem Ali Setan pada 30 tahun dahulu.