Rakyat Malaysia berduyun-duyun ke pawagam seawal 6.30 pagi hanya untuk menjadi orang terawal menonton filem adiwira Marvel, Avengers: Endgame.

Filem yang dibintangi Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth dan beberapa pelakon hebat itu mula ditayangkan pada hari ini di Malaysia.

Menurut beberapa muat naik yang dibuat di laman Twitter, ramai pengunjung mula menghadirkan diri sejak awal pagi.



Rata-rata peminat di laman sosial memberi respon pelbagai mengenai tayangan filem Avengers Endgame itu.

Ada yang teruja, malah, ada yang pelik kerana ramai rakyat Malaysia keluar sejak awal pagi bagi menonton filem tersebut.




Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai waktu tayangan terawal bagi filem adiwira itu.

Sebelum ini, beberapa klip pendek dari filem terakhir bagi siri "Avengers" itu mula berlegar di media sosial sejak minggu lalu.

Hampa dengan apa yang terjadi, pengarah "Avengers: Endgame", adik beradik Russo menyeru agar orang ramai tidak terus menyebarkan klip tersebut.

BACA: Avengers: Endgame bocor? Jangan 'spoil' penantian peminat

BACA: Sebulan menjelang Endgame, watak Valkyrie kembali

LIHAT: [INFOGRAFIK] Filem MCU mengikut garis masa menuju 'Avengers: Endgame'