PEMINAT filem adiwira Marvel pastinya tidak sabar menyerbu panggung wayang bagi menyaksikan sekuel ketiga Avengers: Infinity War yang dijadual ditayangkan penghujung April depan.
Bagi menambah keterujaan anda, Marvel pada Khamis mengumumkan secara rasmi penggambaran bagi siri keempat filem itu telah siap selepas mengambil masa lebih enam bulan.
Pengarahnya yang juga pasangan adik-beradik Anthony dan Joe Russo berkongsi foto kek bagi meraikan tamatnya sesi penggambaran filem himpunan adiwira Marvel itu.
Kek berkenaan dihiasi dengan patung Mad Titan Thanos yang dijulang tiga tangan iaitu Black Widow, Vision dan The Hulk.
Persoalannya, mana tangan adiwira yang lain?
Sementara itu, beberapa lagi gambar yang dikongsi di Twitter memaparkan Chris Evans, Robert Downey Jr, Paul Rudd dan Mark Ruffalo di set penggambaran, lengkap dengan kostum bagi watak masing-masing.
Dua lagi persoalan tercetus. Mengapa Evans menyarung kostum Captain America dari filem pertama The Avengers yang ditayangkan pada tahun 2012?
Adakah filem ini ada kaitan dengan kembara masa?
Avengers 4 yang belum diumumkan tajuk kecilnya ini bakal melalui proses pasca penerbitan dan dijadual ditayangkan di seluruh dunia pada 3 Mei, 2019.
Astro Awani
Fri Jan 12 2018

Sekuel ketiga Avengers: Infinity War dijadual ditayangkan penghujung April ini. YouTube Marvel

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Hawkeye' Jeremy Renner semakin pulih
Bintang Avengers itu membuat naik satu swafoto di akaun Instagram miliknya serta mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.

'Hawkeye' Jeremy Renner cedera, kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil
Menurut laporan Variety, keluarga Renner kini sedang bersamanya dan pelakon itu menerima penjagaan yang sangat baik.

Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'
Keterujaan peminat dalam menantikan filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Widow, kembali memuncak dengan pelancaran trailer terbaharu filem itu, pada Sabtu.

Scarlett Johansson kahwini bintang Saturday Night Live, Colin Jost
Mereka berharap dapat terus membantu warga emas yang amat memerlukan perhatian pada masa yang sukar ini.

Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.

COVID-19: Idris Elba disahkan positif
Kata pelakon itu dalam satu video di Twitter, beliau tidak mengalami sebarang simptom.

Marvel bakal tampil kejutan dalam Avengers MCU fasa 4
Sudah semestinya semua peminat teruja dengan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Marvel Studio, Kevin Feige mengenai fasa empat Marvel Cinematic Universe (MCU).

Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia
Menurut laporan media antarabangsa, hanya AS$500,000 lagi diperlukan oleh Endgame untuk membawa Avatar turun dari takhta.

Mampukah tayangan semula Avengers: Endgame tandingi rekod kutipan filem Avatar?
Keluaran terbaru kali ini dikatakan membawakan "babak yang dipadam, tribut dan beberapa kejutan"

Avengers assemble! Pameran Marvel Studio akhirnya diadakan di Malaysia
Dirasmikan oleh Tun Mahathir!