STESEN televisyen berbayar Astro akan memperkenalkan tiga saluran baharu mulai 31 Ogos ini bagi memenuhi permintaan 18 juta penonton yang jumlahnya semakin meningkat saban hari.
Tiga saluran tersebut ialah HGTV HD (Saluran 731), Nat Geo People HD (Saluran 725), dan Star Chinese (Saluran 315).
Menurut Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario, ketika memperkenalkan saluran-saluran baharu tersebut berkata Astro berhasrat untuk terus membawakan kandungan rancangan yang terkini lagi segar.
HGTV HD merupakan saluran yang memberi inspirasi kepada penonton berkenaan reka bentuk serta hiasan rumah.
Nat Geo People pula memaparkan informasi menerusi pengkisahan tempat-tempat menarik dan budaya setempat. Antara program menarik yang bakal trending di saluran ini ialah The Food Files dan George Clarke's Amazing Spaces.
Manakala Star Chinese Channel merupakan peneraju kandungan bahasa Mandarin di Asia yang menampilkan 31 program drama dan rancangan hiburan hebat. Saluran ini boleh dilanggan secara ala carte pada harga RM5.30 sebulan (termasuk GST).
Untuk maklumat lanjut tentang saluran baharu ini, layari www.astro.com.my.
Malissa Sahari
Mon Aug 24 2015
Astro perkenal tiga saluran baharu -- HGTV HD, Nat Geo People HD, dan Star Chinese -- mulai 31 Ogos 2015.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Aplikasi Viu kini di Ultra Box Astro
Menambah pengalaman baharu, Astro kini mengembangkan perkhidmatan penstriman dengan membawa aplikasi hiburan Viu yang boleh diakses pelanggan di Ultra Box.
Astro umum pengembangan platform On Demand
Astro hari ini mengumumkan pengembangan platform kandungan atas taliannya, Astro On Demand.
Astro membawa dua saluran Korea baru - Oh!K HD dan Channel M HD
Astro telah menambah dua saluran Korea Berdefinisi Tinggi (HD) khas bagi penonton yang meminati rancangan hiburan dari negara itu.